Assalamualaikum dan haii gaiss..
Kali ini saya ingin membuat sedikit perkongsian pendapat mengenai isu kahwin awal. Tiberr kan..kawin pom tak lagi ada hati nk bagi pendapat pasal ni😕😕..Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf jika pendapat saya ini bercanggah dengan pandangan segelintir pembaca di luar sane..
ok teruskan gais,
Cerita dia macam ni. Sejak akhir-akhir ni kan, sis nampak macam ramai sangat budak-budak yang lagi muda dari sis kahwin awal. Mungkin bagi pendapat korang, mungkin ok la kahwin awal kan. Sekurangnya dapat elakkan dari maksiat, zina dan semua macam tu. Terlebih dahulu penulisan ini tidak berkait dengan rasa cemburu ke ape ye. Nanti kan ada yang kata.."ehh dye ni tulis lebih2, kondem lebih2 , jeles la tu tengok ada orang yang ada jodoh awal'. Astaghfirullahaladzim. Sesungguhnya penulisan ini tidak berkait rapat langsung dengan perasaan cemburu ye awak2. Sebelum ni sis pernah la sembang2 ngan kawan pasal bab kahwin awal ni. Boleh pulak dituduhnya sis cemburu. Lahaii..
Kahwin awal dengan persediaan mental dan fizikal cukup tidak salah. Kalau adik2 ghase adik2 boleh bimbing pasangan ke arah yang lebih baik, sabar dengan seribu satu kerenah pasangan masing2, sabar dengan karenah keluarga mertua dan hilang kebebasan untuk buat apa-apa saja, silakan. Jangan lupa, perkahwinan tu datang dengan seribu satu tanggungjawab yang harus dipikul. Perkahwinan bukan pengakhiran bagi sebuah ceritera yang indah tetapi permulaan bagi sebuah pengakhiran. Ok maaf bukan pengakhiran. Permulaan bagi......apa-apa jela yang indah bagi korang..
Ramai pasangan yang mampu mengecapi kebahagiaan selepas kahwin..Tapi di sebalik kebahagiaan itu, mereka mungkin banyak mengorbankan banyak benda. Jika anda sayang hobi anda melebihi segala benda, anda harus belajar untuk mengorbankannya sedikit demi sedikit. Jangan terlampau mementingkan hobi tersebut sehingga abaikan pasangan. Bagi pasangan pula, anda harus bersedia menerima pakej pasangan anda yang termasuk dengan hobinya itu. Da bersedia ke tu??
Selain hobi, anda juga harus sanggup mengorbankan diri anda untuk bekerja lebih masa untuk memastikan segala keperluan anda dan pasangan cukup. Saya tidak nafikan bahawa rezeki setelah berumah tangga akan lebih murah namun perjalanan rezeki tu untuk sampai pada anda bukan semudah menunggu durian jatuh dari pokok..Hmmm,,tunggu durian jatuh pom susah kan. Pokoknya semua benda bukan senang dapat dalam hidup ni.
Seterusnya perasaan..anda harus bersedia sembunyikan perasaan sendiri demi jaga hati pasangan..Contoh paling mudah nak balik kampung masa raya je la..contoh lain fikir sendiri.Bile da kahwin ni, masa untuk fikirkan kepentingan sendiri dah terhad. Semua benda jadi terhad..Terutamanya bagi perempuan..hmm
Selain itu, anda harus bersedia korbankan sedikit masa dengan keluarga dan rakan-rakan. Menurut salah seorang rakan saya, dia berasa kehilangan kakaknya setelah kakaknya itu mendirikan rumah tangga...mungkin dia je kot rasa macam tu kan. Orang lain ok je tu kan..Tapiiii macam mane kalau masa untuk diluangkan dengan keluarga tu betul-betul hilang?? Masing-masing ada pendapat sendiri kan..Semakin awal kahwin, semakin sikit la masa dengan keluarga. Tu pendapat saya la.. Orang lain bebas buat pendapat sendiri.
Saya tidak memandang negatif pada perkahwinan pada usia muda cuma mungkin saya tidak begitu menyokong. Kalau anda kahwin muda dan hobi anda masih bermain tik tok sehingga terlupa menguruskan hal rumah tangga, lebih baik anda membujang je.
Walau bagaimanapun, saya tak dapat nafikan, pelbagai perkara manis anda akan rasai apabila berkahwin kerana berkahwin pada usia muda sememangnya merupakan perkara yang terpuji. Tapi untuk itu, pastikan anda telah cukup bersedia untuk menempuhi alam baru.
P/S: Jangan kecam..Saya tak pernah dan takde niat pom nak halang korang kahwin awal. Peace