Harris memandang di sekelilingnya. Ruang pejabat
Dato Kamal sememangnya agak besar dari ruang pejabatnya. Harris meneruskan
langkah kakinya terus ke bilik Dato’ Kamal. Suasana di sekelilingnya agak
lenggang kerana kebanyakkan pekerja sedang makan tengahari. Yang ada hanya
Sally, setiausaha Dato’ Kamal. Itupun dia baru sahaja berura-ura untuk keluar
makan tengahari. Harris mendekati meja Sally. Sally hanya beriak biasa melihat
kedatangan Harris. Pada pengamatannya sejak kebelakangan ini, Harris sering
dipanggil oleh Dato’ Kamal kerana sikap Harris yang tidak cekap menguruskan
masalah dan sering mengabaikan kerjanya. ‘Dato ada tetamu sekarang, kau
dudukla dulu Harris.’ Sally membuka mulut sebelum sempat Harris
bertanyakan Sally mengenai bos besarnya itu. Harris hanya menganggukkan
kepalanya dan mengambil tempat di sofa yang terletak di depan bilik Dato’
Kamal. Dilihatnya Sally juga ingin keluar untuk makan tengahari.
Arghh..perutnya juga terasa berbunyi minta diisi namun disabarkan dirinya..dia
harus berjumpa dengan Dato’ Kamal untuk meminta bosnya itu mempertimbangkan
balik hukuman yang diterimanya. Harris melemparkan senyuman kepada Sally
sebelum wanita muda itu berlalu pergi namun hanya dibalas dengan riak selamba.
‘sombong’, desis hati Harris. Harris memandang pintu bilik Dato’ Kamal yang
kelihatan sedikit terbuka. Dari belakang kelihatan seorang perempuan muda yang
duduk berhadapan dengan Dato’ Kamal. Riak wajah Dato’ Kamal kelihatan sangat
serius memandang wajah perempuan tersebut. Harris mengerutkan dahinya.
Penampilan perempuan tersebut seperti dikenalinya. Harris cuba mengingati di
mana dia pernah berjumpa dengan perempuan itu sebelum ini namun fikirannya
tidak mahu bekerjasama. Harris melepaskan keluhan. Siapa wanita itu tiada kena
mengena dengan dirinya jadi dia tidak mahu menyesakkan fikirannya dengan
memikirkan hal yang tidak berkaitan. Mungkin juga perempuan itu ada urusan
rasmi dengan bosnya itu, siapa tahu.
Harris menyandarkan dirinya di sofa. Belakangnya
terasa agak lenguh kerana duduknya yang agak lama di luar bilik Dato’ Kamal
itu. Sesekali jam di pergelangan tangannya dikerling. Sorotan matanya dibawa ke
arah pintu bilik Dato’ Kamal. Kelihatannya mereka masih lagi serius
bercakap.Harris mendengus. Kesabarannya agak tercabar lebih-lebih lagi perutnya
berkeroncong minta diisi. Smartfon dalam poketnya dikeluarkan..cuba untuk
menghilangkan rasa bosan dan lapar yang menyesakkan jiwanya. Aplikasi facebook
dibukanya. Ingin mengetahui perkembangan semasa rakan-rakan lamanya.
Sekurang-kurangnya dapatla juga dia menghilangkan rasa bosan menunggu bosnya
itu berurusan.
Sedang khusyuk Harris melayari facebook, telinganya
menangkap sayup-sayup suara esakan dari bilik Dato’ Kamal. Harris memanggung
kepala. Pandangannya diarahkan ke arah ruang pintu yang terbuka sedikit.
Dirinya yang tadinya tidak berminat untuk mengambil tahu urusan bosnya tadi
tiba membuak-buak untuk memasang telinga. Harris mendekati pintu bilik bosnya
itu. Harris memasang telinga untuk mengetahui apa yang dibincangkan oleh mereka
berdua.
‘Saya minta maaf kerana menghampakan Dato’. Saya
dah cuba sedaya-upaya untuk sembunyikan perkara ini.’ Sayup-sayup suara
perempuan itu kedengaran. Harris mengerutkan dahi. Perkara apa yang sedang
disembunyikan oleh mereka berdua. Sedang Harris mengerah otak memikirkan
mengenai butir percakapan perempuan itu, mata Harris menangkap gerak tubuh Dato
Kamal yang mendekati perempuan tersebut. Kelihatan Dato Kamal memegang tangan
sambil mengelus lembut rambut perempuan tersebut. Harris tersenyum sinis. ‘Miang
keladi rupanya Dato’ tua ini’ desis hati Harris. Smartfon di tangan Harris
digunakan untuk mengambil gambar. Saat perempuan tersebut memalingkan wajahnya
sedikit, Harris tersentak. Suraya. Terluncur nama yang agak tidak asing itu
dari mulut Harris. Siapa yang tidak mengenali Suraya. Seorang model cantik yang
sedang meningkat naik namanya. Harris tergelak perlahan. Terasa bagaikan baru
mendapat satu semangat baru. Semangat untuk menulis satu lagi cerita baru di
blog nya. Harris mengambil beberapa keping lagi gambar mereka berdua yang
kelihatan agak mesra. Niat yang pada mulanya ingin bertemu dengan Dato’ Kamal
ditangguhkan. Dia mengambil keputusan untuk mengalas perutnya yang berkeroncong
sejak tadi terlebih dahulu. Pada firasatnya perbualan Dato’ Kamal dan
Suraya mungkin akan lebih lama. Harris meninggalkan pejabat Dato’ Kamal dengan
hati yang puas. Gambar bosnya dan model terkenal itu akan menjadi bahan baru di
blognya nanti.
Harris membaca setiap baris perkataan di hadapannya
dengan penuh minat. Pada malam itu, sekembalinya Harris dari kerja dia mencari
artikel terbaru mengenai Suraya dan hasilnya tidak mengecewakan. Artikel
mengenai Suraya yang baru sahaja putus tunang kerana orang ketiga menggamit
perhatian Harris lebih-lebih lagi apabila orang ketiga tersebut dikatakan
memegang pangkat Dato’. Fikiran Harris melayang kembali akan peristiwa siang
tadi. Smartfon di hujung mejanya dicapai. Tangannya membelek kembali
gambar yang baru diambilnya tadi. Bibirnya tersenyum sinis. Model terkenal dan
ahli perniagaan berjaya. Berita ini memang akan menjadi gempak jika disiarkan
namun Harris tidak mahu mengambil keputusan melulu. Kerjanya di syarikat Dato’
Kamal masih ingin dipertahankan. Dia akan siarkan berita ini hanya
pada masa yang sesuai.
Harris menyandarkan dirinya di sofa. Belakangnya terasa agak lenguh kerana duduknya yang agak lama di luar bilik Dato’ Kamal itu. Sesekali jam di pergelangan tangannya dikerling. Sorotan matanya dibawa ke arah pintu bilik Dato’ Kamal. Kelihatannya mereka masih lagi serius bercakap.Harris mendengus. Kesabarannya agak tercabar lebih-lebih lagi perutnya berkeroncong minta diisi. Smartfon dalam poketnya dikeluarkan..cuba untuk menghilangkan rasa bosan dan lapar yang menyesakkan jiwanya. Aplikasi facebook dibukanya. Ingin mengetahui perkembangan semasa rakan-rakan lamanya. Sekurang-kurangnya dapatla juga dia menghilangkan rasa bosan menunggu bosnya itu berurusan.
Sedang khusyuk Harris melayari facebook, telinganya menangkap sayup-sayup suara esakan dari bilik Dato’ Kamal. Harris memanggung kepala. Pandangannya diarahkan ke arah ruang pintu yang terbuka sedikit. Dirinya yang tadinya tidak berminat untuk mengambil tahu urusan bosnya tadi tiba membuak-buak untuk memasang telinga. Harris mendekati pintu bilik bosnya itu. Harris memasang telinga untuk mengetahui apa yang dibincangkan oleh mereka berdua.
‘Saya minta maaf kerana menghampakan Dato’. Saya dah cuba sedaya-upaya untuk sembunyikan perkara ini.’ Sayup-sayup suara perempuan itu kedengaran. Harris mengerutkan dahi. Perkara apa yang sedang disembunyikan oleh mereka berdua. Sedang Harris mengerah otak memikirkan mengenai butir percakapan perempuan itu, mata Harris menangkap gerak tubuh Dato Kamal yang mendekati perempuan tersebut. Kelihatan Dato Kamal memegang tangan sambil mengelus lembut rambut perempuan tersebut. Harris tersenyum sinis. ‘Miang keladi rupanya Dato’ tua ini’ desis hati Harris. Smartfon di tangan Harris digunakan untuk mengambil gambar. Saat perempuan tersebut memalingkan wajahnya sedikit, Harris tersentak. Suraya. Terluncur nama yang agak tidak asing itu dari mulut Harris. Siapa yang tidak mengenali Suraya. Seorang model cantik yang sedang meningkat naik namanya. Harris tergelak perlahan. Terasa bagaikan baru mendapat satu semangat baru. Semangat untuk menulis satu lagi cerita baru di blog nya. Harris mengambil beberapa keping lagi gambar mereka berdua yang kelihatan agak mesra. Niat yang pada mulanya ingin bertemu dengan Dato’ Kamal ditangguhkan. Dia mengambil keputusan untuk mengalas perutnya yang berkeroncong sejak tadi terlebih dahulu. Pada firasatnya perbualan Dato’ Kamal dan Suraya mungkin akan lebih lama. Harris meninggalkan pejabat Dato’ Kamal dengan hati yang puas. Gambar bosnya dan model terkenal itu akan menjadi bahan baru di blognya nanti.
Harris membaca setiap baris perkataan di hadapannya dengan penuh minat. Pada malam itu, sekembalinya Harris dari kerja dia mencari artikel terbaru mengenai Suraya dan hasilnya tidak mengecewakan. Artikel mengenai Suraya yang baru sahaja putus tunang kerana orang ketiga menggamit perhatian Harris lebih-lebih lagi apabila orang ketiga tersebut dikatakan memegang pangkat Dato’. Fikiran Harris melayang kembali akan peristiwa siang tadi. Smartfon di hujung mejanya dicapai. Tangannya membelek kembali gambar yang baru diambilnya tadi. Bibirnya tersenyum sinis. Model terkenal dan ahli perniagaan berjaya. Berita ini memang akan menjadi gempak jika disiarkan namun Harris tidak mahu mengambil keputusan melulu. Kerjanya di syarikat Dato’ Kamal masih ingin dipertahankan. Dia akan siarkan berita ini hanya pada masa yang sesuai.
No comments:
Post a Comment