Followers

Wednesday 5 December 2018

BBM3410/18 Video Tanpa Wajah








Video Tanpa Wajah



   -Penghasilan bagi video ini harus mempunyai satu lagu tema yang dipilih bagi memudahkan jalan        cerita bagi video tersebut.

  -Melalui video ini, rakaman yang dilakukan tidak boleh mempunyai wajah watak-watak yang ada       atau yang dilakonkan. Segala jenis pergerakan yang dirakam dalam video ini tidak boleh                     mempamerkan wajah pelakon namun masih lagi mampu menyampaikan mesej.

  -Dalam video ini juga, terdapat suatu yang dipilih untuk difokuskan sepanjang proses rakaman             video.

  -Sebagai contoh, kumpulan produksi satu kosong telah memilih patung utnuk difokuskan sepanjang      proses rakaman.

   -Contoh video tanpa wajah boleh disaksikan melalui url di bawah



Contoh Video Tanpa Wajah

https://youtu.be/Xc_yTEqvE-c

BBM3410/18 Video One Shot





                                Video One Shot


Sepanjang mengikuti kelas multimedia, terdapat tiga jenis video yang telah saya pelajari iaitu:

-Video one shot 1 layer
-Video one shot 2 layer
-Video one shot 3 layer



Penghasilan ketiga-tiga video ini mempunyai kaedah yang berbeza untuk menghasilkan video.

1) One shot 1 layer
 Bagi penghasilan video ini, kamera harus berada di satu tempat sahaja tanpa boleh bergerak sepanjang proses rakaman video berlaku.

-Rakaman video juga harus tertumpu kepada satu perkara sahaja di mana satu sahaja perkara yang boleh bergerak sepanjang rakaman video ini berlaku.

-Sebagai contoh, ketika membuat rakaman video tarian, hanya pergerakan tarian itu sahaja yang dibolehkan bergerak manakala perkara yang lain harus berada dalam keadaan statik sahaja.


                                                          Contoh One Shot 1 layer

                                                       https://youtu.be/ERy8u7LxIrA


2) One Shot 2 layer

-Penghasilan bagi video ini mempunyai persamaan melalui kaedah penghasilan video one shot 1 layer dari segi keadaan kamera yang harus statik di tempat yang sama dan tidak boleh bergerak namun rakaman pada kali ini boleh merakamkan 2 pergerakan pada waktu yang sama

-Hanya dua pergerakan yang dibenarkan bergerak dalam rakaman video ini pada masa yang sama.

- Sebagai contoh, terdapat pergerakan tarian di belakang manakala di bahagian hadapan terdapat orang yang menyanyi.

                                                              Contoh One Shot 2 layer

                                                        https://youtu.be/QBmnNI4fVcU


3) One Shot 3 layer

-Video ini juga sama dengan one shot 1 layer dan one shot 3 layer di mana kameranya tidak boleh bergerak namun perkara yang dirakam boleh mempunyai 3 pergerakan pada waktu yang sama.

-Dalam one shot 3 layer ini, kamera hanya boleh merakam 3 pergerakan sahaja sama ada pergerakan tarian, nyanyi mahupun lakonan.

-Contoh bagi one shot 3 layer ini adalah terdapat pergerakan menyanyi, menari dan berlakon dalam waktu yang sama. Pergerakan dalam latar belakang video juga turut diambil kira seperti pergerakan seorang budak mengayuh basikal.


                                                       Contoh One Shot 3 layer 

                                                   https://youtu.be/4gC8ISLIUOg

                                           

BBM3410/18 : Papan Cerita






 Papan Cerita

1. Papan cerita merupakan satu siri lakaran yang menggambarkan turutan isi kandungan bagi skrin multimedia. Papan cerita ini turut boleh definisikan sebagai susunan grafik dalam bentuk gambar atau ilustrasi atau imej yang dipersembahkan bagi tujuan pra-tayangan gambar bergerak, animasi, grafik bergerak  mahupun media interaktif.


2. Kebiasaanya papan cerita mengandungi maklumat seperti lakaran atau lukisan , warna serta teks sebenar di atas skrin.

BBM3410/18: Asas Grafik




Asas Grafik


=Merupakan bahan atau cara yang mampu menghubungkan di antara idea dan fakta yang jelas dengan menggunakan kombinasi gambar, rajah, perkataan, simbol dan lakaran.

=Asas grafik ini terbahagi kepada 5 bentuk yang harus diutamakan iaitu:

1. Keseimbangan
  Setiap perkara yang ingin dihasilkan memerlukan keseimbangan yang sesuai bagi mengelakkan         ianya tumbang. Hal ini turut diaplikasikan dalam rekaan visual di mana elemen grafik yang           dimasukkan harus disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Suatu     rekaan grafik haruslah seimbang dari segi pandangan atas dan bawahnyanya di samping kiri dan     kanan.


2. Mudah
   Mudah ini membawa maksud suatu rekaan yang dihasilkan haruslah memberikan pandangan serta       kefahaman yang cepat dan jelas dilihat. Jika idea dalam satu visual itu adalah banyak, hal ini akan       mengelirukan.


 3. Warna
   Warna adalah perkara penting dalam penghasilan suatu visual dalam asas grafik kerana warna ini         mampu memberi penegasan kepada visual-visual tertentu di samping membantu menambah kesan      di antara elemen dan objek. Penggunaan warna yang bersesuaian dalam suatu bahan visual akan          dapat menimbulkan perasaan dan minat tertentu. Kebiasaannya warna digunakan untuk                        memudahkan atau menimbulkan kejelasan visual.


4. Teks
Persembahan grafik yang baik turut bergantung kepada huruf atau teks. Antara yang harus diberi perhatian dalam hal ini adalah saiz huruf yang ditulis, jarak antara huruf dengan huruf, perkataan dengan perkataan serta baris dengan baris. Saiz huruf yang digunakan harus cukup besar supaya dapat dibaca dengan baik.


5. Kesesuaian
Kesesuaian merupakan perkara yang harus bertepatan dengan perkara yang ingin disampaikan dan dilihat daripada penggunaan tema tersebut sama ada sesuai atau tidak. Sebagai contoh, jika membuat grafik mengenai makanan , maka tema yang digunakan harus turut menyelitkan gambar makanan