Followers

Monday, 12 November 2018

BBM3410 Sambungan Cerpen Bahagian III




Keesokkan harinya Harris meneruskan niatnya untuk berjumpa dengan bosnya itu. Sebelum sempat Haris masuk ke bilik bosnya, kelihatan beliau sudah menonong keluar. Ketika mereka berselisih, Dato Kamal berhenti sekejap di hadapan Harris. ‘haa bagusla kamu sudah ada di sini Harris. Saya baru sahaja nak jumpa kamu.’ Harris mengerutkan dahi. Hatinya mula rasa tidak selesa mendengar kata-kata Dato’ Kamal. ‘Harris, mulai hari ini kamu dipecat. Saya sudah tak nak tengok muka kamu di syarikat saya. Sally, nanti tolong serahkan surat pemecatan Harris.’ Sally yang berdiri tidak jauh daripada mereka menganggukkan kepala. ‘Apa maksud Dato’? Apa salah saya ?’ sungguh Harris terkejut dengan keputusan Dato’ Kamal yang mendadak. Dia baru sahaja ingin membuat rayuan kepada Dato’ Kamal untuk  tidak menggantung pekerjaannya. Alih-alih dia menerima berita bahawa dia dipecat.  ‘syarikat sedang dalam keadaan untuk mengawal perbelanjaan Harris jadi pekerja yang langsung tidak membawa apa-apa faedah saya rasa tidak ada gunanya lagi untuk disimpan’ sinis kedengaran kata-kata Dato Kamal. ‘tapi Dato’ saya dah banyak menyumbang’ sebelum sempat Harris menghabiskan kata katanya Dato Kamal melemparkan fail di tangannya tepat ke muka Harris. ‘banyak menyumbang apa? Menyumbang kerugian pada syarikat? Awak boleh tengok sendiri “sumbangan” awak selama ini dalam fail itu Harris. Saya tak nak buang masa saya bercakap dengan pekerja biasa macam awak. Tolong kemas barang-barang awak, saya dah tak nak tengok muka awak lagi’ Dato Kamal terus menonong meninggalkan Harris yang tercegat di situ setelah menghabiskan kata-katanya. Harris mengepal tangannya kuat. Hatinya terasa panas dengan kata- kata Dato’ Kamal. Matanya merah menahan marah. ‘Apa tengok-tengok, ingat aku heran sangat ke nak kerja kat syarikat tak guna ni.bodoh’ Harris melepaskan marahnya terhadap beberapa orang pekerja yang  memandangnya. Kakinya diayun keluar dari ruang pejabat yang terasa menyesakkan dadanya itu.

      Harris memasukkan barang-barangnya dengan kasar ke dalam kotak. Sungguh dia tidak menyangka bahawa dia akan ditendang keluar dari tempat yang sudah lima tahun dia berkhidmat. Pandangannya diliarkan ke sekeliling biliknya. Hatinya memendam rasa marah yang bukan sedikit. Selesai mengemas semua barang-barangnya, Harris keluar dari biliknya .ketika melalui ruang tengah pejabat dilihatnya rakan-rakan sekerjanya sedang berbisik sesama sendiri  sambil memandang ke arahnya. Harris tidak mengambil pusing akan pandangan mereka. Kakinya terus diayunkan menuju ke pintu keluar.

      Sesampainya Harris ke rumahnya, Harris menghempaskan badannya ke atas sofa.  Kedua belah tangannya diletakkan di atas dahi. Fikirannya kusut apabila memikirkan bahawa dia telah dibuang kerja. ‘ Dato’ Kamal, kau tengok apa pekerja biasa macam aku boleh buat pada orang macam kau.’ Secara sinis Harris tersenyum. Matanya dipejamkan. Cuba untuk merehatkan minda buat sementara waktu.

      Harris membaca setiap patah yang dia tulis di skrin komputer hadapannya itu. Skandal model terkenal Suraya dan Dato’ K ahli perniagaan berjaya. Gambar-gambar yang ditangkapnya beberapa hari lalu turut disertakan di situ. Harris tersenyum sinis. ‘macam mana kau malukan aku, macam itula aku bagi kat kau balik Dato’.

No comments:

Post a Comment