Followers

Monday, 12 November 2018

BBM 3410 Sambungan Cerpen Bahagian Akhir


Dato’ Kamal melemparkan surat akhbar yang baru dibacanya ke atas lantai di ruang pejabatnya. Tajuk utama berita pada hari itu adalah mengenai skandal mengenainya dengan Suraya. Pagi itu sahaja dia menerima banyak panggilan daripada rakan-rakan perniagaannya menanyakan perihal tersebut. Sungguh dia berasa malu lebih-lebih lagi surat khabar tersebut secara  terang menyiarkan gambar dirinya yang sedang memegang tangan Suraya. Itu belum lagi masalah yang timbul dengan keluarganya. Sungguh dia pening bagaimana berita tersebut boleh tersebar. Dato Kamal telah menyuruh setiausaha dan peguamnya menyelesaikan perkara tersebut dan mencari tahu siapa yang menyebarkan berita mengenai dirinya itu. Dia tidak akan berdiam diri. Syarikat surat khabar yang menyiarkan berita itu itu akan turut diambil tindakan.
Harris sedang menonton televisyen ketika kedengaran loceng rumahnya berbunyi. Dengan malas Harris menuju ke pintu. Dia agak terkejut apabila melihat kedatangan tiga orang polis ke rumahnya. Encik Harris , kami ada waran tangkap ke atas encik di atas tuduhan menfitnah dan menjatuhkan nama baik Dato’ Kamal. Harap encik dapat memberikan kerjasama dan mengikut kami ke balai polis.’ Salah seorang polis yang berbadan agak tegap bersuara. Harris akur dan mengikut mereka dengan menaiki kereta polis. Di balai polis , Harris disoal dan bakal dituduh di mahkamah dengan kesalahan memfitnah dan menjatuhkan nama baik Dato’ Kamal menggunakan alam siber. Dato’ Kamal juga akan bertindak menyaman atas perbuatan yang dilakukannya. Harris tidak berpuas hati dengan tuduhan yang dilemparkan dan mengupah seorang peguam dengan bayaran yang agak tinggi untuk membela dirinya. Harris dibebaskan daripada tahanan dengan ikat jamin daripada peguamnya buat sementara waktu dan tidak dibenarkan ke luar negara sehingga tiba hari perbicaraan.
Setibanya pada hari perbicaraan, Harris telah dijatuhkan hukuman bersalah dan harus membayar  ganti rugi sebanyak rm dua juta kepada Dato’ Kamal ataupun penjara selama dua tahun. Harris dibebaskan selama seminggu dengan kawalan pihak polis dan harus membayar ganti rugi kepada Dato’ Kamal dalam masa tersebut dan jika gagal harris akan dipenjarakan selama dua tahun.
Harris mundar-mandir dalam ruang tamu di rumahnya. Fikirannya kusut memikirkan bahawa dia akan kehilangan hartanya kerana tindakan terburu-burunya. Sunguh dia tidak menyangka bahawa berita yang dia sebarkan di blognya akan mendatangkan padah terhadap dirinya. Selama beberapa hari ini polis selalu datang mengetuk pintu rumahnya untuk mengingatkan dirinya mengenai hukuman yang harus dia hadapi. Kemungkinan besar rumahnya juga akan disita oleh pihak bank. Setelah dia didakwa di mahkamah, hidupnya terus berubah secara mendadak. Kehidupannya yang selama ini stabil tiba-tiba terumbang ambing.
Masalah yang datang kepada Harris secara serentak memberikan tekanan yang besar kepada dirinya. Fikirannya sudah tidak dapat berfikir dengan baik. Harris merasakan bahawa masa depannya  telah gelap. Harris memandang botol gas di sudut dapur rumahnya. Dia menuju ke ruang dapur dan  menghidupkan gas dengan tujuan untuk membunuh diri.
Keesokkan harinya pihak polis menjumpai Harris di rumahnya dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa. Akhirnya hidup Harris sebagai seorang yang bekerjaya musnah apabila dia telah menyalahgunakan alam siber.



Ok gaisss..done tulis cerpen..mekasehhh bace😘😘😘

No comments:

Post a Comment