Followers

Tuesday 23 October 2018

BBM3410 Kisah Maggi Telur Dan Jiran Tetangga

Haiiiiii pembaca sekalian yang cantik cantikk tu

Harini sis nak cerita sikit pasal jiran yang selang dua bilik je dari bilik sis merangkap kawan sis. Al kisahnya kawan sis ni bilik dia memang selalu sangat la tak dapat line wifi hotspot UPM ni. Kadang-kadang bila sis lalu depan bilik dia nak pegi bilik air, sis selalu dikejutkan dengan penampakkan dia serta seorang lagi rakan sebiliknya yang selalu duduk mencangkung di hadapan pintu biliknya sambil mengangkat tinggi telefon semata-mata ingin mencari wifi. Kejadian ini juga pernah terjadi pada waktu malam sehingga mengejutkan sis yang semangat tak berapa nak kuat ni..Fuhhh..Tanjat. 

Oleh hal yang demikian, memandangkan bilik sis ni merupakan salah satu bilik yang memang kekuatan wifi adalah sangat kuat sehingga mampu memuat turun sehingga satu drama korea, makanya dia selalu menjadi pengunjung atau dengan kata lain tetamu setia sis. Cerita utama yang sis ingin berkongsi pada hari ini adalah kunjungan dia pada kali ini ke bilik sis. Tersebut la kisah, malam ni sis rasa sangat lapar memandangkan kali terakhir sis makan nasi berlaukkan kuah sup ayam, sedikit sotong masak sambal serta ayam goreng adalah pada pukul 10 pagi tadi. Makcik kafe tu bagi sis nasi sama portion dengan kawan sis yang mintak nasi separuh..hmm...      
                                                 
Memandangkan sis makan sikit je pagi tadi sis pom buat keputusan nak masak maggi pada malam yang indah ini. Sis pom masak la dua bungkus maggi ditambah dengan dua biji telur. Sedang sis khusyuk duk kacau-kacau maggi ni, tiba-tiba kawan sis datang ambil alih tempat sis untuk kacau maggi tu..Sis biarkan je la sehinggalah sis perasan kawan sis ni kacau maggi tu dengan penuh berhati-hati..Rupa-rupanya dia taknak telur separuh masak dalam maggi tu pecah..


                                                           Maggi Telur Separuh Masak

Sebab geram sangat tengok dia jaga telur dengan  baik, sis pom ambik garfu untuk menghancurkan kecantikkan telur itu..Tapi rupanya perbuatan sis itu dapat dihidu oleh dia. Tanpa belas kasihan dia marah sis..Hilang segala kelembutan dia pada masa itu hanya kerana sebijik telur separuh masak..hmmm. Telur itu selamat dimasak dengan cantik tanpa berjaya diusik pom oleh sis..Sebab sebijik telur kawan sis yang lembut tu tetiberr jadi garang seperti tertelan ibu singa..Tapi takpe. Percubaan sis untuk menghancurkan telur dia kalini mungkin gagal. Percubaan lain masih ade..heheheh.

Wednesday 17 October 2018

BBM3410 Citer sukesuke

Assalamualaikum n salam sejahtera

kalau sesape yang bace ni duk kat kolej serumpun, anda pasti tau kan sekarang ni ada bazar food ape bende ntah name dye tu..

Kat bazar ni ade satu gerai tu dye jual nasi tomato yang rasenya bolehla tahan..jadi sebab rasenya boleh tahan jadi hari tu sis beli la nasi tu dua bungkuss satu harii..

Lepas je makan dua bungkus tu, sis dah x rase nk makan dh nasi tomato tu..Jadi pengajarannya sesedap mane pom makanan tu jangan makan berlebihan..sebab nikmat nk makan dye lagi tu da hilang.

Tu jela tuk arini.
Bye2

Tuesday 16 October 2018

BBM3410 Kahwin Awal???

Assalamualaikum dan haii gaiss..


Kali ini saya ingin membuat sedikit perkongsian pendapat mengenai isu kahwin awal.  Tiberr kan..kawin pom tak lagi ada hati nk bagi pendapat pasal ni๐Ÿ˜•๐Ÿ˜•..Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf jika pendapat saya ini bercanggah dengan pandangan segelintir pembaca di luar sane..

ok teruskan gais,

Cerita dia macam ni. Sejak akhir-akhir ni kan, sis nampak macam ramai sangat budak-budak yang lagi muda dari sis kahwin awal. Mungkin bagi pendapat korang, mungkin ok la kahwin awal kan. Sekurangnya dapat elakkan dari maksiat, zina dan semua macam tu. Terlebih dahulu penulisan ini tidak berkait dengan rasa cemburu ke ape ye. Nanti kan ada yang kata.."ehh dye ni tulis lebih2, kondem lebih2 , jeles la tu tengok ada orang yang ada jodoh awal'.  Astaghfirullahaladzim. Sesungguhnya penulisan ini tidak berkait rapat langsung dengan perasaan cemburu ye awak2. Sebelum ni sis pernah la sembang2 ngan kawan pasal bab kahwin awal ni. Boleh pulak dituduhnya sis cemburu. Lahaii..

Kahwin awal dengan persediaan mental dan fizikal cukup tidak salah. Kalau adik2 ghase adik2 boleh bimbing pasangan ke arah yang lebih baik, sabar dengan seribu satu kerenah pasangan masing2, sabar dengan karenah keluarga mertua dan hilang kebebasan untuk buat apa-apa saja, silakan. Jangan lupa, perkahwinan tu datang dengan seribu satu tanggungjawab yang harus dipikul. Perkahwinan bukan pengakhiran bagi sebuah ceritera yang indah tetapi permulaan bagi sebuah pengakhiran. Ok maaf bukan pengakhiran. Permulaan bagi......apa-apa jela yang indah bagi korang..

Ramai pasangan yang mampu mengecapi kebahagiaan selepas kahwin..Tapi di sebalik kebahagiaan itu, mereka mungkin banyak mengorbankan banyak benda. Jika anda sayang hobi anda melebihi segala benda, anda harus belajar untuk mengorbankannya sedikit demi sedikit. Jangan terlampau mementingkan hobi tersebut sehingga abaikan pasangan. Bagi pasangan pula, anda harus bersedia menerima pakej pasangan anda yang termasuk dengan hobinya itu. Da bersedia ke tu?? 

Selain hobi, anda juga harus sanggup mengorbankan diri anda untuk bekerja lebih masa untuk memastikan segala keperluan anda dan pasangan cukup. Saya tidak nafikan bahawa rezeki setelah berumah tangga akan lebih murah namun perjalanan rezeki tu untuk sampai pada anda bukan semudah menunggu durian jatuh dari pokok..Hmmm,,tunggu durian jatuh pom susah kan. Pokoknya semua benda bukan senang dapat dalam hidup ni.

Seterusnya perasaan..anda harus bersedia sembunyikan perasaan sendiri demi jaga hati pasangan..Contoh paling mudah nak balik kampung masa raya je la..contoh lain fikir sendiri.Bile da kahwin ni, masa untuk fikirkan kepentingan sendiri dah terhad. Semua benda jadi terhad..Terutamanya bagi perempuan..hmm

Selain itu, anda harus bersedia korbankan sedikit masa dengan keluarga dan rakan-rakan. Menurut salah seorang rakan saya, dia berasa kehilangan kakaknya setelah kakaknya itu mendirikan rumah tangga...mungkin dia je kot rasa macam tu kan. Orang lain ok je tu kan..Tapiiii macam mane kalau masa untuk diluangkan dengan keluarga tu betul-betul hilang?? Masing-masing ada pendapat sendiri kan..Semakin awal kahwin, semakin sikit la masa dengan keluarga. Tu pendapat saya la.. Orang lain bebas buat pendapat sendiri.

Saya tidak memandang negatif pada perkahwinan pada usia muda cuma mungkin saya tidak begitu menyokong. Kalau anda kahwin muda dan hobi anda masih bermain tik tok sehingga terlupa menguruskan hal rumah tangga, lebih baik anda membujang je.

Walau bagaimanapun, saya tak dapat nafikan, pelbagai perkara manis anda akan rasai apabila berkahwin kerana berkahwin pada usia muda sememangnya merupakan perkara yang terpuji. Tapi untuk itu, pastikan anda telah cukup bersedia untuk menempuhi alam baru.

P/S: Jangan kecam..Saya tak pernah dan takde niat pom nak halang korang kahwin awal. Peace


Saturday 13 October 2018

BBM3410 EMOSI


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Pada hari ini saya ingin menulis sedikit sebanyak mengenai emosi serta ketidakcelaruan dalam fikiran yang selalu terjadi kepada diri kita  sebagai seorang manusia biasa. Saya agak yakin bahawa semua orang mempunyai masa-masa tertentu di mana kita akan mempunyai pelbagai emosi seperti sedih, marah, kecewa, gembira dan pelbagai lagi lahh.Tahukah anda bahawa jika kita gagal mengawal emosi tersebut ianya akan mendorong kita untuk melakukan keputusan yang mungkin akan membuatkan kita menyesal. Tidak ramai orang yang mampu membuat keputusan berdasarkan pertimbangan yang wajar sebaliknya kita sememangnya lebih cenderung untuk membuat sesuatu berdasarkan emosi kita pada ketika itu. Terdapat beberapa tips yang ingin saya kongsikan di sini bagi mengawal emosi marah. Saya memilih emosi marah kerana saya banyak membuat perkara yang tidak wajar ketika saya sedang marah.
                                                                                                                                                                                         

Image result for kartun marah


1) Istigfar dan selawat

    Perkara ini boleh dikatakan biasa untuk dilakukan oleh kita yang beragama Islam dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana jika dua perkara ini menjadi amalan utama kita, Insha Allah hati kita akan menjadi lemah dan tenang serta akan dapat membuatkan kita mampu berfikir secara rasional. Dengan dua perkara ini juga akan menyebabkan kita masih lagi mempunyai arah tujuan hidup yang baik serta mampu memberikan harapan kepada kita untuk meneruskan hidup dengan lebih positif. Tidak semua perkara yang wujud  dalam hidup kita ditakdirkan untuk menjadi benda yang negatif. Mungkin sahaja mereka datang sebagai satu pengajaran untuk mengajar kita hidup bukan selalu indah. Istigfar dan selawat ini kelihatan senang untuk diungkapkan tetapi dijadikan amalan ia memerlukan usaha dari diri kita sendiri. Harapan serta pengakhiran yang positif sentiasa ada bagi mereka yang berusaha. Oleh itu tidak salah kiranya kita melakukan sesuatu yang positif bagi diri kita sendiri


Image result for kartun bertudung


2) Menilai kembali perkataan yang diucapkan oleh kita

    Sebagai manusia kita tidak mampu lari dari membuat kesalahan. Mungkin sahaja perkara negatif yang berlaku terhadap diri kita itu datangnya dari kesalahan kita. Sebelum menuding jari terhadap orang lain, mungkin kita boleh membuat sedikit refleksi terhadap diri kita sendiri. Sikap orang terhadap kita merupakan pantulan terhadap sikap kita kepada mereka. Jangan salahkan mereka di atas kesalahan yang mereka lakukan sebaliknya lihat kembali adakah kita turut melakukan kesalahan tersebut ke atas diri mereka.

Image result for kata-kata bermanfaat


3) Memaafkan
Bagi diri saya perkara ini adalah perkara yang paling sukar dilakukan bahkan sehingga kini saya masih belum mampu melakukannya. Memaafkan. Ianya kelihatan sangat mudah namun sukar. Mungkin kita boleh sahaja ungkapkan bahawa kita telah memaafkannya namun jauh di sudut hati, rasa marah, rasa sakit hati itu masih lagi tersimpan. Namun ingat, rasa itu jika terus dibiarkan ianya hanya akan memakan diri kita sendiri. Setiap masa kita akan rasa marah, benci dan tidak tenang. Namun sekali kita ikhlaskan hati kita untuk melupakannya , kita akan memperohi ketenangan yang luar biasa kerana tiada lagi perasaan sakit hati yang harus kita tanggung. Kita kena ingat, dalam kita membenci seseorang, mungkin sahaja orang itu telah memperolehi kebahagiaannya. Oleh itu, untuk apa lagi kita berada di takuk lama dan memikirkan mengenai orang yang langsung tidak meletakkan kita walau sedikit pom dalam fikirannya.

5) Keluar Tenangkan Diri
Hal ini nampak remeh tapi sebenarnya sangat penting. Ketika marah jangan sesekali mendekati perkara yang mencetuskan kemarahan tersebut. Cuba larikan diri buat seketika. Bukan senang. Pertama tarik nafas dan diam. Tumpukan perhatian pada benda lain dan curi masa untuk keluar dari situasi tersebut. Jangan layan perasaan marah. Api yang marak kalau disiram dengan tol hangus semua benda kat sekeliling. Sanggup ke nak hanguskan bende lain yang lebih bernilai? Cara nya keluar seketika. Jangan hancurkan perkara lain hanya kerana ingin mengikut kata hati kerana ikut hati mati๐Ÿ˜ข.





Image result for semoga bermanfaat




Wednesday 10 October 2018

BBM3410 Fotografi Dan Jenisnya

Assalamualaikum dan hai semua....

Bertemu lagi kita pada hari ini dengan coretan seterusnya. Hari ini saya hanya akan menceritakan aktiviti saya dan rakan- rakan pada minggu kelima. Pada minggu ini, Prof telah mengajar topik baru mengenai fotografi. Kami diajar mengenai cara-cara yang betul untuk mengambil gambar. Sebelum mengambil subjek ini , saya sememangnya agak kurang pengetahuan mengenai hal ini. Terdapat beberapa cara yang diajar oleh Prof pada kali ini iaitu:

1) Flat Lay
2) Half Flat Lay
3) Quarter Flat Lay
4) Zero Flat Lay

Setiap jenis tersebut membawa hasil yang berbeza dan menarik. Gambar di bawah merupakan hasil-hasilnya.





                                 
                                                      Proses Kami Mengambil Gambar




Quarter Flat Lay

                                             
                                                                        Flat Lay

                                                           
                                                           
                                                                  Zero Flat Lay


Quarter Flat Lay 


Seperti mana yang dapat dilihat, hasil gambar yang diambil dari sudut yang berbeza sememangnya mempunyai tarikan yang tersendiri. Sekian sahaja coretan pada hari ini. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya.




BBM3410 Catatan Minggu Keempat

Assalamualaikum..



Pada minggu keempat baru-baru ini saya dan rakan-rakan dikehendaki menjawab soalan secara atas talian dan menghantar jawapan tersebut kepada emel Prof. Kami dikehendaki memberi persepsi kami mengenai jenis-jenis media sosial atau media teknologi yang terdapat dalam bab 1 buku BOOM. Bagi menjawab soalan tersebut, kami harus membaca dan memahami terlebih dahulu perkara yang ditulis.
Selain itu juga, kami diminta untuk memberi pandangan kami mengenai salah satu media sosial yang sering kami gunakan dalam bidang pembelajaran. Media sosial yang dipilih oleh saya adalah media Facebook memandangkan saya lebih banyak mendapat maklumat terutama dalam pembelajaran melalui media tersebut.

Sekian sahaja coretan saya pada hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday 4 October 2018

BBM3410: Hikmah๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Assalamualaikum dan hai semua. 




Hari ni saya ingin berkongsi sedikit mengenai perjalanan saya sebelum bergelar pelajar UPM.. Dulu setelah menduduki spm, impian saya adalah untuk mengambil bidang kulinari dan belajar pelbagai jenis resepi masakan melayu dan impian itu hampir sahaja digapai apabila saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Politeknik Sultan Mizan, Terengganu. Namun apabila saya suarakan isi hati tersebut kepada bapa saya, beliau menentang sekerasnya-kerasnya menyebabkan saya melupakan saja tawaran tersebut๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข.


                                                   Image result for emoji sedih bergerak



Bapa saya lebih menggalakkan saya untuk mengambil STPM berbanding belajar dalam bidang kemahiran. Oleh kerana saya ini merupakan anak yang sedikit taat sudah pasti saya tidak akan mengatakan TIDAK kepada pilihan bapa saya itu lalu dengan sedikit berat hati saya menempuhi hidup sebagai pelajar STPM. Sebenarnya menjadi pelajar STPM tidak la seteruk yang saya bayangkan. Jejak je kaki ke dalam kawasan sekolah pelajar2 junior yang lain secara tidak langsung akan menyapa saya. Memandangkan tidak ramai yang mengambil STPM pada tahun saya ketika itu maka secara tidak langsung hampir semua kelibat pelajar STPM akan dikenali termasuk la saya ni๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†. 



Saya menempuhi hidup sebagai pelajar STPM dengan agak santai memandangkan guru-guru kami ketika itu melabelkan kelas saya sebagai kelas pelajar baik-baik. Kadang-kadang dalam satu hari tiada seorang guru pun yang masuk mengajar dalam kelas kami, maka bermula lah rutin kami membuat kerja masing-masing. Ada yang berdating dalam kelas, ada yang menonton rancangan korea Running Man yang ketika itu agak popular, ada yang berkelah dalam kelas dengan mengeluarkan pelbagai jenis makanan dan saya pula macam biasa tidur je. Rutin itu berlanjutan sehingga saya tamat peperiksaan STPM. Walaupun kebanyakkan masa saya dalam kelas banyak terluang untuk tidur tapi alhamdulillah keputusan peperiksaan saya tidaklah mengecewakan๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…..Mungkin kerana apabila berada di rumah saya secara automatik akan berlagak seperti pelajar baik2 yang sentiasa memegang buku di tangan, membuat kerja2 yang lagaknya seperti pelajar STPM๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž. Hal ini penting bagi mengambil hati ibu bapa saya.









Tamat sahaja peperiksaan STPM, seperti kawan-kawan yang lain saya ingin mencuba nasib dalam alam pekerjaan. Bukan pekerjaan yang betul betul namun hanya sebagai ingin mencari duit poket sendiri supaya tidak terlalu bergantung kepada bapa saya namun seperti biasa keinginan saya itu ditolak mentah-mentah atas alasan saya ini masih belum cukup matang untuk menghadapi dunia pekerjaan. Saya sedikit kecewa memandangkan masa yang ada ketika itu adalah sangat banyak๐Ÿ˜ฅ๐Ÿ˜ฅ..Ianya sangattt membosankan.Mungkin kerana bapa saya perasan akan kebosanan tersebut maka beliau mendaftarkan saya ke sekolah memandu. Di sekolah tersebut saya diajar oleh seorang cikgu botak yang saya sudah tidak ingat namanya. Beliau sememangnya seorang yang tegas dan kerana ketegasan beliau saya berjaya memperolehi lesen sambil menangis๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜ฐ. Alhamdulillah sekali lagi masa lapang saya diisi dengan benda yang berfaedah kerana tidak lama selepas saya memperolehi lesen tersebut saya menerima tawaran untuk masuk ke Universiti Putra Malaysia๐Ÿ˜๐Ÿ˜.


                                                Image result for edmoji baru masuk upm



Di UPM banyak pengalaman baru saya saya perolehi memandangkan di sini hampir semua perkara saya lakukan sendiri tanpa ada kawalan dari ibu dan bapa saya..Keadaan ini sangat janggal pada awalnya kerana sebelum ini saya sememangnya banyak bergantung kepada keluarga. Oleh kerana pergaulan saya sebelum ini dikawal dengan sangat ketat oleh bapa saya, maka saya menghadapi sedikit masalah dalam bergaul dengan rakan-rakan๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข. Saya lebih cenderung untuk melakukan semua perkara sendirian. Saya mudah berasa rimas apabila berada dalam khalayak ramai..Saya juga lebih cenderung untuk menghabiskan masa sendirian tanpa gangguan sesiapa pun. Dan mungkin kerana sikap saya pada ketika itu begitu, saya banyak buat salah pada rakan-rakan saya. Dalam tidak sedar mungkin saya telah mengguris perasaan merek๐Ÿ˜–..Walaubagaimanapun, kesilapan saya pada ketika itu berjaya membentuk diri saya untuk menjadi lebih berani mendekati lebih ramai rakan dan bergaul dengan semua orang..Kesilapan demi kesilapan membuatkan saya menjadi lebih matang dan membuatkan saya lebih berani melakukan perkara baru yang belum pernah saya lakukan sebelum ini..Alhamdulillah saya dikurniakan ramai rakan baru yang baik tanpa hilang rakan-rakan yang dulu..dan sekarang saya sedang berusaha untuk menamatkan tahun akhir pengajian saya di UPM ..sebenarnya melalui pengalaman saya yang lepas sedikit sebanyak menyedarkan saya bahawa tidak semua perkara yang kita ingini mampu berjalan dengan lancar namun jika kita mengikhlaskan diri untuk menerima apa yang telah diberi maka Allah akan menggantikan perkara yang kita inginkan dengan benda yang lebih baik๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

In shaa Allah๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda membaca coretan saya yang agak membosankan ini๐Ÿ˜

Tuesday 2 October 2018

BBM3410/18 Pengalaman

Tidak banyak perkara menarik yang mampu dicoretkan melalui pos pada kali ini memandangkan saya harus bercerita mengenai perkara menarik yang berlaku. Tidak banyak perkara menarik yang berlaku pada saya kebelakangan ini jadi saya hanya mengambil pengalaman-pengalaman saya yang lepas sahaja. Hal yang tidak pernah dapat saya lupakan walaupun telah bertahun-tahun berlalu adalah pengalaman memasak saya buat kali pertama. Saya merupakan seorang yang kosong pengetahuan tentang masakan sehinggalah saya berumur 15 tahun iaitu ketika saya berada di tingkatan 3.

Pada ketika itu, umi saya terpaksa ditahan di hospital selama beberapa minggu menyebabkan keadaan di rumah saya agak huru-hara. Memandangkan anak perempuan yang ada dalam keluarga saya ketika itu hanya dua orang iaitu hanya saya dan kakak saya maka tanggungjawab yang kami pikul agak berat. Kakak saya pada ketika itu menginap di asrama menyebabkan saya terpaksa menguruskan hampir separuh kerja dalam rumah termasuk memasak. Pada suatu petang, setelah balik dari melawat umi saya di hospital, abah saya telah membeli barang basah seperti sedikit sayur dan ikan.

 Memandangkan kakak saya tiada di rumah pada ketika itu, maka saya dipertanggungjawabkan untuk memasak pada ketika itu. Itu merupakan pengalaman pertama saya melihat ikan mentah yang masih belum dibedah depan mata saya..Ok maaf bukan dibedah.Sepatutnya disiang..hehehhe. Kembali pada cerita, ketika itu saya langsung tidak tahu bahawa ikan sepatutnya disiang terlebih dahulu sebelum dimasak jadi setelah saya membersihkan ikan tersebut saya terus lemparkannya ke dalam periuk. Setelah masak saya hidangkannya kepada abah saya untuk makan tengahari. Ikan yang tidak disiang itu dihidang dengan penuh bangga sebelum dicampakkan kepada kucing..huhuhu. Masakan pertama saya pada ketika itu hanya menjadi makanan kucing. Saya agak kecewa pada masa itu namun pengalaman tersebut telah mendorong saya untuk belajar menjadi lebih baik..

Sekian, itu je yang mampu saya tulis kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

BBM3410/18 : Catatan minggu ketiga


Hai semua..terima kasih kerana masih sudi meneruskan bacaan anda. Di sini saya tertarik untuk berkongsi sedikit sebanyak mengenai tugasan yang saya dan rakan rakan lakukan pada minggu ketiga. Pada minggu ini , kami ditugaskan untuk mengambil gambar masing-masing dengan menggunakan keseimbangan yang sesuai. Gambar-gambar yang kami ambil itu harus dimuatnaik dalam laman media sosial masing-masing seperti instagram dengan menggunakan hashtag tertentu seperti #BBM3410, #ProfDrN, #KapsyenLawak. Tugasan yang diberikan itu nampak sangat mudah memandangkan kami sememangnya gemar untuk berfotografi. Walau bagaimanapun, ketika membuat tugasan tersebut, terdapat beberapa cabaran yang kami hadapi. Cabaran yang boleh dikatakan sukar dilakukan oleh kami adalah ketika mengambil gambar melalui Bird's Eyes View.

Hal ini kerana salah seorang rakan saya terpaksa memanjat pokok bagi menunjukkan pandangan yang logik bagi seekor burung.Kami harus mencari pokok yang senang dipanjat memandangkan ahli kumpulan kami terdiri daripada gadis-gadis ayu yang tidak pandai memanjat pokok..Ececehh.Ok maaf. Saya akan teruskan lagi cerita ini. Memandangkan UPM merupakan sebuah universiti pertanian, maka aktiviti mencari pokok yang sesuai dipanjat tidak mengambil masa yang agak lama.
Kami menghabiskan cuti hujung minggu kami dengan meronda Bukit Ekspo. Kami berjaya mencari tempat sesuai yang agak cantik untuk sesi fotografi maka bermula la detik-detik yang ditunggu.Masing-masing sibuk menyuruh mengambil gambar dengan pelbagai gaya. Alhamduliilah kami berjaya menyiapkan tugasan tersebut dan memuat naik semua gambar-gambar tersebut ke laman sosial.

Terima kasih sebab membaca walaupun agak membosankan..