Followers

Saturday, 13 October 2018

BBM3410 EMOSI


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Pada hari ini saya ingin menulis sedikit sebanyak mengenai emosi serta ketidakcelaruan dalam fikiran yang selalu terjadi kepada diri kita  sebagai seorang manusia biasa. Saya agak yakin bahawa semua orang mempunyai masa-masa tertentu di mana kita akan mempunyai pelbagai emosi seperti sedih, marah, kecewa, gembira dan pelbagai lagi lahh.Tahukah anda bahawa jika kita gagal mengawal emosi tersebut ianya akan mendorong kita untuk melakukan keputusan yang mungkin akan membuatkan kita menyesal. Tidak ramai orang yang mampu membuat keputusan berdasarkan pertimbangan yang wajar sebaliknya kita sememangnya lebih cenderung untuk membuat sesuatu berdasarkan emosi kita pada ketika itu. Terdapat beberapa tips yang ingin saya kongsikan di sini bagi mengawal emosi marah. Saya memilih emosi marah kerana saya banyak membuat perkara yang tidak wajar ketika saya sedang marah.
                                                                                                                                                                                         

Image result for kartun marah


1) Istigfar dan selawat

    Perkara ini boleh dikatakan biasa untuk dilakukan oleh kita yang beragama Islam dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana jika dua perkara ini menjadi amalan utama kita, Insha Allah hati kita akan menjadi lemah dan tenang serta akan dapat membuatkan kita mampu berfikir secara rasional. Dengan dua perkara ini juga akan menyebabkan kita masih lagi mempunyai arah tujuan hidup yang baik serta mampu memberikan harapan kepada kita untuk meneruskan hidup dengan lebih positif. Tidak semua perkara yang wujud  dalam hidup kita ditakdirkan untuk menjadi benda yang negatif. Mungkin sahaja mereka datang sebagai satu pengajaran untuk mengajar kita hidup bukan selalu indah. Istigfar dan selawat ini kelihatan senang untuk diungkapkan tetapi dijadikan amalan ia memerlukan usaha dari diri kita sendiri. Harapan serta pengakhiran yang positif sentiasa ada bagi mereka yang berusaha. Oleh itu tidak salah kiranya kita melakukan sesuatu yang positif bagi diri kita sendiri


Image result for kartun bertudung


2) Menilai kembali perkataan yang diucapkan oleh kita

    Sebagai manusia kita tidak mampu lari dari membuat kesalahan. Mungkin sahaja perkara negatif yang berlaku terhadap diri kita itu datangnya dari kesalahan kita. Sebelum menuding jari terhadap orang lain, mungkin kita boleh membuat sedikit refleksi terhadap diri kita sendiri. Sikap orang terhadap kita merupakan pantulan terhadap sikap kita kepada mereka. Jangan salahkan mereka di atas kesalahan yang mereka lakukan sebaliknya lihat kembali adakah kita turut melakukan kesalahan tersebut ke atas diri mereka.

Image result for kata-kata bermanfaat


3) Memaafkan
Bagi diri saya perkara ini adalah perkara yang paling sukar dilakukan bahkan sehingga kini saya masih belum mampu melakukannya. Memaafkan. Ianya kelihatan sangat mudah namun sukar. Mungkin kita boleh sahaja ungkapkan bahawa kita telah memaafkannya namun jauh di sudut hati, rasa marah, rasa sakit hati itu masih lagi tersimpan. Namun ingat, rasa itu jika terus dibiarkan ianya hanya akan memakan diri kita sendiri. Setiap masa kita akan rasa marah, benci dan tidak tenang. Namun sekali kita ikhlaskan hati kita untuk melupakannya , kita akan memperohi ketenangan yang luar biasa kerana tiada lagi perasaan sakit hati yang harus kita tanggung. Kita kena ingat, dalam kita membenci seseorang, mungkin sahaja orang itu telah memperolehi kebahagiaannya. Oleh itu, untuk apa lagi kita berada di takuk lama dan memikirkan mengenai orang yang langsung tidak meletakkan kita walau sedikit pom dalam fikirannya.

5) Keluar Tenangkan Diri
Hal ini nampak remeh tapi sebenarnya sangat penting. Ketika marah jangan sesekali mendekati perkara yang mencetuskan kemarahan tersebut. Cuba larikan diri buat seketika. Bukan senang. Pertama tarik nafas dan diam. Tumpukan perhatian pada benda lain dan curi masa untuk keluar dari situasi tersebut. Jangan layan perasaan marah. Api yang marak kalau disiram dengan tol hangus semua benda kat sekeliling. Sanggup ke nak hanguskan bende lain yang lebih bernilai? Cara nya keluar seketika. Jangan hancurkan perkara lain hanya kerana ingin mengikut kata hati kerana ikut hati mati😢.





Image result for semoga bermanfaat




2 comments:

  1. Pengisian yang baik .. semoga kekal dengan sifat-sifat mahmudah..

    ReplyDelete