Followers

Thursday 15 November 2018

BBM 3410 Tugasan Online Video Adobe


Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Hari ini Prof Dr Normaliza tiba-tiba menggantikan kelas amali kepada kelas online..Seronok memang seronok sebab takyah masuk kelas kan tapiiiii adanya kerja online mmg buatkan hati ni gelisah la..mandi x basah, makan tak kenyang..sbbnye selagi tak selesai kerja2 ni memang x senang la nak buat bende lain kan..

Ketua kelas ckp prof akan bagi arahan pada pukul 12 tengahari. Tgh syok nk makan tadi, tangan ni x lepas2 pegang fon sbb nk tunggu arahan Prof..hahaha. ok ni tipu sikit. x pegang fon pun.Sambil makan , sambil dengar member sebelah sembang2.. Yela member pun bukan dari fakulti lain-lain..Member dari kelas yang sama jugak..jadinya cool je tunggu arahan prof tadi.. Lepas je tau  arahan tu, kami siap g jalan-jalan cuci mata dulu kot..hehe. sorry prof


Dan kisahnyerrr lepas balik makan baru la masing-masing bukak laptop untuk settlekan kerja prof..Aku rekod dye, dye rekod aku..Ikutkan video ni nak buat lebih la dari 3 minit kan tapi prof tetapkan buat 3 minit je..oleh sebab aku ni x pro sangat gune adobe, jadi tutorial buat adobe ni x sempat siap dalam masa 3 minit..huhuu.. saya da cuba prof buat tapi x bolehla..maaf prof..jangan marah nanti muka kedut x comel macam sekarang dahhh..hehhehhe




Jadinye ini la video saya prof..xde persembahan yang menarik sangat pom sbb saya ni bukannya nye orang yang menarik..sedihhh..hahaaha..k tu jela nk tulis. Nanti bosan plk org nak baca. kbye. Assalamualaikum

Wednesday 14 November 2018

BBM3410 Twitter Tweet Tweet



Assalamualaikum dan salam sejahtera gaiss..




Bace tajuk pom da tau kan ape saya nak kongsikan pada hari ni..sebenarnye gaiss, pelajar yang mengambil subjek multimedia dalam bahasa ni dikehendaki untuk membuat akaun twitter, instagram dan blog..twitter ni merupakan aplikasi di mana penggunanya boleh menghantar dan menerima mesej di samping mampu memuat naik status yang tidak melebihi 140 aksara..

Melalui twitter ini, saya mampu mengenal rakan sekelas dengan lebih baik memandangkan mereka selalu memuat naik status mengenai perkara yang mereka lakukan.


Saya telah akaun twitter ini pada dua tahun yang lalu namun tidak berapa aktif memandangkan saya masih lagi belum biasa menggunakannya.
Melalui subjek multimedia ini, saya menjadi lebih aktif dari sebelumnya..berikut merupakan akaun twitter saya..

Monday 12 November 2018

BBM 3410 Sesi Latihan One Shot Two Layer

 Assalamualaikum dan hai gaiss



Pada hari ini kumpulan kami iaitu Produksi Satu Kosong telah memulakan sesi latihan bagi video seterusnya iaitu One Shot Two Layer. Kami telah membahagikan tugas masing-masing dengan adil lagi saksama. Sesi latihan ini kami lakukan di Bukit Ekspo.


BBM 3410 Hari Lahir Aini Amira


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai rakan saya yang bernama Aini Amira Binti Isa atau lebih dikenali sebagai Mira. Pada 9 November baru-baru ini merupakan hari lahir dia yang ke 23. Oleh hal yang demikian, saya dan rakan-rakan iaitu Aireen, Nudra, Asmida, Nuraini serta Kak Aisha telah merancang untuk membuat sedikit sambutan secara kecil-kecilan di dalam bilik saya. 











Pada hari kejadian iaitu hari Jumaat, perancangan awal kami sebelum ini agak huru-hara sedikit apabila secara tiba-tiba salah seorang pensyarah kami ingin membuat kelas ganti. Hal itu menyebabkan kami menghadapi sedikit masalah la jugak kan.. Dan secara kebetulannya pula , mood Aini Amira pada ketika itu agak tidak berapa memberansangkan juga, namun kami tetap meneruskan perancangan awal. Walaubagaimanapun , Aini Amira membuat keputusan untuk pulang ke rumah selesai sahaja kelas pada hari itu maka terpaksa la kami membocorkan kejutan kami dan berterus terang sahaja pada dia agar dia tetap juga hadir pada sambutan ulang tahun dia..Hmmm.. makanya sambutan itu sudah lagi tidak menjadi sebuah kejutan. Pada hari itu, kami telah memasak sedikit makanan sempena sambutan tersebut. Antaranya adalah, nasi goreng campak-campak, kerabu maggi pedas jugakla, ayam goreng kedai, air cocktail serta air sirap.








BBM 3410 Minggu One Shot Two Layer



Assalamualaikum dan selamat pagi gaiss..



Pada petang semalam, kumpulan kami telah selesai menayangkan video one shot di mana kami perlu menari mengikut irama lagi. Selesai tayangan video tersebut, Prof Dr Normaliza telah memberi tugasan baru untuk kami iaitu membuat video one shot two layer di mana dalam video tersebut ada penyanyi dan pelakon. 




Setelah itu kami turut dikehendaki menjawab soalan yang ada dalam buku Boom. Setiap kumpulan harus menjawab tiga soalan. Kumpulan kami terdiri daripada sepuluh orang ahli kumpulan. Oleh hal yang demikian kami telah membahagikan setiap satu soalan kepada tiga orang untuk dijawab. Terdapat juga ahli kumpulan yang tidak membawa buku tersebut. Oleh hal yang demikian , mereka yang tidak membawa buku boom tersebut dikehendaki pulang untuk mengambilnya.

BBM 3410 Sambungan Cerpen Bahagian Akhir


Dato’ Kamal melemparkan surat akhbar yang baru dibacanya ke atas lantai di ruang pejabatnya. Tajuk utama berita pada hari itu adalah mengenai skandal mengenainya dengan Suraya. Pagi itu sahaja dia menerima banyak panggilan daripada rakan-rakan perniagaannya menanyakan perihal tersebut. Sungguh dia berasa malu lebih-lebih lagi surat khabar tersebut secara  terang menyiarkan gambar dirinya yang sedang memegang tangan Suraya. Itu belum lagi masalah yang timbul dengan keluarganya. Sungguh dia pening bagaimana berita tersebut boleh tersebar. Dato Kamal telah menyuruh setiausaha dan peguamnya menyelesaikan perkara tersebut dan mencari tahu siapa yang menyebarkan berita mengenai dirinya itu. Dia tidak akan berdiam diri. Syarikat surat khabar yang menyiarkan berita itu itu akan turut diambil tindakan.
Harris sedang menonton televisyen ketika kedengaran loceng rumahnya berbunyi. Dengan malas Harris menuju ke pintu. Dia agak terkejut apabila melihat kedatangan tiga orang polis ke rumahnya. Encik Harris , kami ada waran tangkap ke atas encik di atas tuduhan menfitnah dan menjatuhkan nama baik Dato’ Kamal. Harap encik dapat memberikan kerjasama dan mengikut kami ke balai polis.’ Salah seorang polis yang berbadan agak tegap bersuara. Harris akur dan mengikut mereka dengan menaiki kereta polis. Di balai polis , Harris disoal dan bakal dituduh di mahkamah dengan kesalahan memfitnah dan menjatuhkan nama baik Dato’ Kamal menggunakan alam siber. Dato’ Kamal juga akan bertindak menyaman atas perbuatan yang dilakukannya. Harris tidak berpuas hati dengan tuduhan yang dilemparkan dan mengupah seorang peguam dengan bayaran yang agak tinggi untuk membela dirinya. Harris dibebaskan daripada tahanan dengan ikat jamin daripada peguamnya buat sementara waktu dan tidak dibenarkan ke luar negara sehingga tiba hari perbicaraan.
Setibanya pada hari perbicaraan, Harris telah dijatuhkan hukuman bersalah dan harus membayar  ganti rugi sebanyak rm dua juta kepada Dato’ Kamal ataupun penjara selama dua tahun. Harris dibebaskan selama seminggu dengan kawalan pihak polis dan harus membayar ganti rugi kepada Dato’ Kamal dalam masa tersebut dan jika gagal harris akan dipenjarakan selama dua tahun.
Harris mundar-mandir dalam ruang tamu di rumahnya. Fikirannya kusut memikirkan bahawa dia akan kehilangan hartanya kerana tindakan terburu-burunya. Sunguh dia tidak menyangka bahawa berita yang dia sebarkan di blognya akan mendatangkan padah terhadap dirinya. Selama beberapa hari ini polis selalu datang mengetuk pintu rumahnya untuk mengingatkan dirinya mengenai hukuman yang harus dia hadapi. Kemungkinan besar rumahnya juga akan disita oleh pihak bank. Setelah dia didakwa di mahkamah, hidupnya terus berubah secara mendadak. Kehidupannya yang selama ini stabil tiba-tiba terumbang ambing.
Masalah yang datang kepada Harris secara serentak memberikan tekanan yang besar kepada dirinya. Fikirannya sudah tidak dapat berfikir dengan baik. Harris merasakan bahawa masa depannya  telah gelap. Harris memandang botol gas di sudut dapur rumahnya. Dia menuju ke ruang dapur dan  menghidupkan gas dengan tujuan untuk membunuh diri.
Keesokkan harinya pihak polis menjumpai Harris di rumahnya dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa. Akhirnya hidup Harris sebagai seorang yang bekerjaya musnah apabila dia telah menyalahgunakan alam siber.



Ok gaisss..done tulis cerpen..mekasehhh bace😘😘😘

BBM3410 Sambungan Cerpen Bahagian III




Keesokkan harinya Harris meneruskan niatnya untuk berjumpa dengan bosnya itu. Sebelum sempat Haris masuk ke bilik bosnya, kelihatan beliau sudah menonong keluar. Ketika mereka berselisih, Dato Kamal berhenti sekejap di hadapan Harris. ‘haa bagusla kamu sudah ada di sini Harris. Saya baru sahaja nak jumpa kamu.’ Harris mengerutkan dahi. Hatinya mula rasa tidak selesa mendengar kata-kata Dato’ Kamal. ‘Harris, mulai hari ini kamu dipecat. Saya sudah tak nak tengok muka kamu di syarikat saya. Sally, nanti tolong serahkan surat pemecatan Harris.’ Sally yang berdiri tidak jauh daripada mereka menganggukkan kepala. ‘Apa maksud Dato’? Apa salah saya ?’ sungguh Harris terkejut dengan keputusan Dato’ Kamal yang mendadak. Dia baru sahaja ingin membuat rayuan kepada Dato’ Kamal untuk  tidak menggantung pekerjaannya. Alih-alih dia menerima berita bahawa dia dipecat.  ‘syarikat sedang dalam keadaan untuk mengawal perbelanjaan Harris jadi pekerja yang langsung tidak membawa apa-apa faedah saya rasa tidak ada gunanya lagi untuk disimpan’ sinis kedengaran kata-kata Dato Kamal. ‘tapi Dato’ saya dah banyak menyumbang’ sebelum sempat Harris menghabiskan kata katanya Dato Kamal melemparkan fail di tangannya tepat ke muka Harris. ‘banyak menyumbang apa? Menyumbang kerugian pada syarikat? Awak boleh tengok sendiri “sumbangan” awak selama ini dalam fail itu Harris. Saya tak nak buang masa saya bercakap dengan pekerja biasa macam awak. Tolong kemas barang-barang awak, saya dah tak nak tengok muka awak lagi’ Dato Kamal terus menonong meninggalkan Harris yang tercegat di situ setelah menghabiskan kata-katanya. Harris mengepal tangannya kuat. Hatinya terasa panas dengan kata- kata Dato’ Kamal. Matanya merah menahan marah. ‘Apa tengok-tengok, ingat aku heran sangat ke nak kerja kat syarikat tak guna ni.bodoh’ Harris melepaskan marahnya terhadap beberapa orang pekerja yang  memandangnya. Kakinya diayun keluar dari ruang pejabat yang terasa menyesakkan dadanya itu.

      Harris memasukkan barang-barangnya dengan kasar ke dalam kotak. Sungguh dia tidak menyangka bahawa dia akan ditendang keluar dari tempat yang sudah lima tahun dia berkhidmat. Pandangannya diliarkan ke sekeliling biliknya. Hatinya memendam rasa marah yang bukan sedikit. Selesai mengemas semua barang-barangnya, Harris keluar dari biliknya .ketika melalui ruang tengah pejabat dilihatnya rakan-rakan sekerjanya sedang berbisik sesama sendiri  sambil memandang ke arahnya. Harris tidak mengambil pusing akan pandangan mereka. Kakinya terus diayunkan menuju ke pintu keluar.

      Sesampainya Harris ke rumahnya, Harris menghempaskan badannya ke atas sofa.  Kedua belah tangannya diletakkan di atas dahi. Fikirannya kusut apabila memikirkan bahawa dia telah dibuang kerja. ‘ Dato’ Kamal, kau tengok apa pekerja biasa macam aku boleh buat pada orang macam kau.’ Secara sinis Harris tersenyum. Matanya dipejamkan. Cuba untuk merehatkan minda buat sementara waktu.

      Harris membaca setiap patah yang dia tulis di skrin komputer hadapannya itu. Skandal model terkenal Suraya dan Dato’ K ahli perniagaan berjaya. Gambar-gambar yang ditangkapnya beberapa hari lalu turut disertakan di situ. Harris tersenyum sinis. ‘macam mana kau malukan aku, macam itula aku bagi kat kau balik Dato’.

BBM 3410 Sambungan Cerpen Bahagian II






Harris memandang di sekelilingnya. Ruang pejabat Dato Kamal sememangnya agak besar dari ruang pejabatnya. Harris meneruskan langkah kakinya terus ke bilik Dato’ Kamal. Suasana di sekelilingnya agak lenggang kerana kebanyakkan pekerja sedang makan tengahari. Yang ada hanya Sally, setiausaha Dato’ Kamal. Itupun dia baru sahaja berura-ura untuk keluar makan tengahari. Harris mendekati meja Sally. Sally hanya beriak biasa melihat kedatangan Harris. Pada pengamatannya sejak kebelakangan ini, Harris sering dipanggil oleh Dato’ Kamal kerana sikap Harris yang tidak cekap menguruskan masalah dan sering mengabaikan kerjanya. ‘Dato ada tetamu sekarang, kau dudukla dulu Harris.’  Sally membuka mulut sebelum sempat Harris bertanyakan Sally mengenai bos besarnya itu. Harris hanya menganggukkan kepalanya dan mengambil tempat di sofa yang terletak di depan bilik Dato’ Kamal. Dilihatnya Sally juga  ingin keluar untuk makan tengahari. Arghh..perutnya juga terasa berbunyi minta diisi namun disabarkan dirinya..dia harus berjumpa dengan Dato’ Kamal untuk meminta bosnya itu mempertimbangkan balik hukuman yang diterimanya. Harris melemparkan senyuman kepada Sally sebelum wanita muda itu berlalu pergi namun hanya dibalas dengan riak selamba. ‘sombong’, desis hati Harris. Harris memandang pintu bilik Dato’ Kamal yang kelihatan sedikit terbuka. Dari belakang kelihatan seorang perempuan muda yang duduk berhadapan dengan Dato’ Kamal. Riak wajah Dato’ Kamal kelihatan sangat serius memandang wajah perempuan tersebut. Harris mengerutkan dahinya. Penampilan perempuan tersebut seperti dikenalinya. Harris cuba mengingati di mana dia pernah berjumpa dengan perempuan itu sebelum ini namun fikirannya tidak mahu bekerjasama. Harris melepaskan keluhan. Siapa wanita itu tiada kena mengena dengan dirinya jadi dia tidak mahu menyesakkan fikirannya dengan memikirkan hal yang tidak berkaitan. Mungkin juga perempuan itu ada urusan rasmi dengan bosnya itu, siapa tahu.

       Harris menyandarkan dirinya di sofa. Belakangnya terasa agak lenguh kerana duduknya yang agak lama di luar bilik Dato’ Kamal itu. Sesekali jam di pergelangan tangannya dikerling. Sorotan matanya dibawa ke arah pintu bilik Dato’ Kamal. Kelihatannya mereka masih lagi serius bercakap.Harris mendengus. Kesabarannya agak tercabar lebih-lebih lagi perutnya berkeroncong minta diisi. Smartfon dalam poketnya dikeluarkan..cuba untuk menghilangkan rasa bosan dan lapar yang menyesakkan jiwanya. Aplikasi facebook dibukanya. Ingin mengetahui perkembangan semasa rakan-rakan lamanya. Sekurang-kurangnya dapatla juga dia menghilangkan rasa bosan menunggu bosnya itu berurusan.
      Sedang khusyuk Harris melayari facebook, telinganya menangkap sayup-sayup suara esakan dari bilik Dato’ Kamal. Harris memanggung kepala. Pandangannya diarahkan ke arah ruang pintu yang terbuka sedikit. Dirinya yang tadinya tidak berminat untuk mengambil tahu urusan bosnya tadi tiba membuak-buak untuk memasang telinga. Harris mendekati pintu bilik bosnya itu. Harris memasang telinga untuk mengetahui apa yang dibincangkan oleh mereka berdua.

        ‘Saya minta maaf kerana menghampakan Dato’. Saya dah cuba sedaya-upaya untuk sembunyikan perkara ini.’ Sayup-sayup suara perempuan itu kedengaran. Harris mengerutkan dahi. Perkara apa yang sedang disembunyikan oleh mereka berdua. Sedang Harris mengerah otak memikirkan mengenai butir percakapan perempuan itu, mata Harris menangkap gerak tubuh Dato Kamal yang mendekati perempuan tersebut. Kelihatan Dato Kamal memegang tangan sambil mengelus lembut rambut perempuan tersebut. Harris tersenyum sinis. ‘Miang keladi rupanya Dato’ tua ini’ desis hati Harris. Smartfon di tangan Harris digunakan untuk mengambil gambar. Saat perempuan tersebut memalingkan wajahnya sedikit, Harris tersentak. Suraya. Terluncur nama yang agak tidak asing itu dari mulut Harris. Siapa yang tidak mengenali Suraya. Seorang model cantik yang sedang meningkat naik namanya. Harris tergelak perlahan. Terasa bagaikan baru mendapat satu semangat baru. Semangat untuk menulis satu lagi cerita baru di blog nya. Harris mengambil beberapa keping lagi gambar mereka berdua yang kelihatan agak mesra. Niat yang pada mulanya ingin bertemu dengan Dato’ Kamal ditangguhkan. Dia mengambil keputusan untuk mengalas perutnya yang berkeroncong sejak tadi terlebih dahulu. Pada firasatnya perbualan  Dato’ Kamal dan Suraya mungkin akan lebih lama. Harris meninggalkan pejabat Dato’ Kamal dengan hati yang puas. Gambar bosnya dan model terkenal itu akan menjadi bahan baru di blognya nanti. 

       Harris membaca setiap baris perkataan di hadapannya dengan penuh minat. Pada malam itu, sekembalinya Harris dari kerja dia mencari artikel terbaru mengenai Suraya dan hasilnya tidak mengecewakan. Artikel mengenai Suraya yang baru sahaja putus tunang kerana orang ketiga menggamit perhatian Harris lebih-lebih lagi apabila orang ketiga tersebut dikatakan memegang pangkat Dato’. Fikiran Harris melayang kembali akan peristiwa siang tadi.  Smartfon di hujung mejanya dicapai. Tangannya membelek kembali gambar yang baru diambilnya tadi. Bibirnya tersenyum sinis. Model terkenal dan ahli perniagaan berjaya. Berita ini memang akan menjadi gempak jika disiarkan namun Harris tidak mahu mengambil keputusan melulu. Kerjanya di syarikat Dato’ Kamal masih ingin dipertahankan. Dia akan siarkan berita ini hanya pada  masa yang sesuai.

       

BBM 3410 Cerpen Kerana Penulisan Semalam


Assalamualaikum dan haii.. Oleh kerana saya sudah ketandusan cerita untuk diceritakan maka penulisan kali ini saya hanya menulis cerpen untuk pembaca sekalian..Selamat membaca gaisss..


      Harris tersenyum sinis membaca ayat yang baru sahaja ditulis di blognya. Hatinya bersorak riang apabila perkara yang ditulis olehnya mendapat pelbagai respon dan kepercayaan oleh ramai orang. Harris Iskandar merupakan salah seorang blogger yang agak dikenali di dunia maya. Hasil penulisannya tentang dunia politik dan isu semasa di Malaysia sering menjadi bahan bacaan tumpuan. Haris bekerja sebagai pengurus pemasaran di sebuah pasaraya di ibu kota. Hasil pendapatan bulanannya agak lumayan untuk menampung kos sara hidup dirinya. Walaubagaimanapun, Harris tidak lari daripada masalah. Tekanan yang dihadapi di tempat kerja menyebabkan Harris terlibat dalam dunia blogger. Pada awalnya, Harris hanya menjadikan blogger sebagai tempat untuk dia melepaskan tekanan perasaannya sahaja, namun semakin lama Harris menjadi semakin taksub dengan dunia bloggernya. Penulisannya di dunia blogger yang pada mulanya hanya berkisarkan tentang dirinya akhirnya berubah kepada perkara yang menyentuh hal peribadi sesetengah individu dan sensitiviti sesetengah kaum. Kerja Harris yang banyak terlibat dengan individu yang agak ternama menyebabkan Harris memperoleh maklumat mengenai kehidupan peribadi seseorang individu itu dengan  agak mudah. Maklumat yang diperolehi digunakan sepenuhnya oleh Harris dalam penulisannya di blog.


       Harris pernah mendedahkan rahsia salah seorang rakan sekerjanya di blog. Rakan sekerjanya yang bernama Amirul merupakan seorang ayah kepada dua orang anak dan memiliki seorang isteri yang pada pandangan mata Harris agak cantik namun tabiat Amirul yang sering berfoya-foya di kelab malam selepas waktu bekerja menjadi bahan penulisan kritikan Harris di blognya. Isteri Amirul yang secara kebetulan merupakan pengikut Harris akhirnya mengetahui mengenai tabiat suaminya itu. Amirul dan isterinya nyaris bercerai namun hasil perbincangan mereka berdua dan demi kepentingan anak-anak mereka kembali berbaik. Kejadian itu menimbulkan ketegangan antara Amirul dan Harris di tempat kerja sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun Harris masih lagi tidak serik akan perbuatannya dan terus mengkritik lebih ramai orang.

    Mangsa Harris yang terbaru adalah Dato’ Kamal, bos tempatnya bekerja. Dato’ Kamal sering memberikan tekanan kepada Harris dalam banyak hal terutamanya apabila menyentuh  mengenai skop pekerjaannya. Dato’ Kamal sering memperlekehkan hasil kerja yang dibuat oleh Harris di hadapan rakan sekerjanya yang lain. Pada mulanya Harris hanya bersabar dengan perangai Dato’ Kamal dan hanya memekakkan telinganya mendengar setiap kritikan bos besarnya itu sehinggalah pada satu hari Harris menerima notis amaran gantung kerja oleh pihak atasan hanya kerana beberapa aduan daripada kliennya mengenai layanan yang Harris berikan. Dek kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pihak atasan, Harris mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Dato’ Kamal sendiri dan mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu. Tengahari itu, ketika semua rakan sekerjanya keluar untuk makan tengahari Harris mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Dato’ Kamal di tingkat 4 iaitu selang dua tingkat dari pejabat Harris. Pada kebiasaannya, Dato Kamal akan turun untuk makan tengahari agak lewat sedikit berbanding dengan pekerja biasa.



akan bersambung.....

BBM 3410 VIDEO ONE SHOT



Hai assalamualaikum dan salam sejahtera gais..






Baru -baru ini kami diberi tugasan oleh Prof Dr Normaliza yang cantik lagi comel untuk menghasilkan video one shot..






Bagi menyiapkan video tersebut kami terpaksa sepakat untuk menari mengikut rentak lagu.Kumpulan kami telah memilih lagu Ayda Jebat Nakal Nakal Nakal..






Kami mengambil masa setengah hari untuk menghasilkan video tersebut dan alhamdulillah kami berjaya melakukannya.



Friday 9 November 2018

BBM 3410 Percutian Di Kampung Halaman

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca yang disayangi sekalian.




Pada cuti pertengahan semester baru-baru ini, saya dan rakan sekelas telah ditugaskan untuk mengambil sepuluh keping gambar di kampung masing-masing untuk dimuat naik ke laman sosial instagram dengan menggunakan hashtag yang diambil dari buku Quotes serta beberapa hashtag yang lain iaitu #ProfDrN #BBM3410 #200Qoutes #Kampungku #HashtagKelakar.



Contoh Kapsyen dan Hashtag



Saya berjaya memuat naik kesepuluh gambar tersebut namun masih belum mendapat like daripada Prof..Huhuhu

          Bukti Saya Da Muat Naik                            Gambar

BBM 3410 Adobe Photoshop Yang Rumit

Assalamualaikum n hai gaiss..





Hari ni saya ingin membuat sedikit perkongsian mengenai Adobe PhotoShop. Alkisahnya, kami yang mengambil subjek multimedia dalam bahasa dikehendaki memuat turun Adobe Photoshop bagi memudahkan pembelajaran kami.





Oleh kerana laptop saya tidak pernah memuat turun aplikasi itu, maka saya mengalami sedikit kesukaran ketika mencari aplikasi itu di laman web. Terdapat satu aplikasi yang saya muat turun adalah virus yang menyebabkan laptop saya menjadi sedikit lembap. Hmmm..kesian lappyy saya.





Walau bagaimanapun, seiring masa berlalu membuatkan saya menjadi sedikit terbiasa dengan aplikasi ni dan saya mampu untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan menggunakan adobe Photoshop. Terima kasih Prof.

BBM 3410 Prof Kami Masuk Al-Hijrah



Assalamualaikum dan salam sejahtera gaiss..


Hari ni saya ingin berkongsi sedikit mengenai pensyarah kami iaitu  Y.Bhg Prof Dr Normaliza. Baru-baru ini beliau telah memberikan satu tugasan online bagi menggantikan kelas kami. Kami dikehendaki menangkap gambar beliau ketika ditemu bual oleh pihak Al-Hijrah di mana pada ketika itu beliau dijemput untuk membuat perkongsian mengenai isu memartabatkan Bahasa Melayu.



Gambar Prof Yang Sempat Diambil Ketika Ditemu Ramah     

Kami dikehendaki mencukupkan bilangan gambar Prof di instagram mengikut jumlah pelajar dalam kelas kami bagi mendapat pelepasan untuk menggantikan kelas pada hari tersebut dengan kelas online.




Antara Gambar Yang Diambil Oleh Rakan Sekelas




Dengan kerjasama semua rakan sekelas, kami berjaya mencukupkan bilangan gambar Prof Dr Normaliza dan tidak perlu menghadiri kuliah..Tahniah rakan sekelas sekalian..