Assalamualaikum dan hai semua.
Hari ni saya ingin berkongsi sedikit mengenai perjalanan saya sebelum bergelar pelajar UPM.. Dulu setelah menduduki spm, impian saya adalah untuk mengambil bidang kulinari dan belajar pelbagai jenis resepi masakan melayu dan impian itu hampir sahaja digapai apabila saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Politeknik Sultan Mizan, Terengganu. Namun apabila saya suarakan isi hati tersebut kepada bapa saya, beliau menentang sekerasnya-kerasnya menyebabkan saya melupakan saja tawaran tersebut😢😢.
Bapa saya lebih menggalakkan saya untuk mengambil STPM berbanding belajar dalam bidang kemahiran. Oleh kerana saya ini merupakan anak yang sedikit taat sudah pasti saya tidak akan mengatakan TIDAK kepada pilihan bapa saya itu lalu dengan sedikit berat hati saya menempuhi hidup sebagai pelajar STPM. Sebenarnya menjadi pelajar STPM tidak la seteruk yang saya bayangkan. Jejak je kaki ke dalam kawasan sekolah pelajar2 junior yang lain secara tidak langsung akan menyapa saya. Memandangkan tidak ramai yang mengambil STPM pada tahun saya ketika itu maka secara tidak langsung hampir semua kelibat pelajar STPM akan dikenali termasuk la saya ni😆😆.
Saya menempuhi hidup sebagai pelajar STPM dengan agak santai memandangkan guru-guru kami ketika itu melabelkan kelas saya sebagai kelas pelajar baik-baik. Kadang-kadang dalam satu hari tiada seorang guru pun yang masuk mengajar dalam kelas kami, maka bermula lah rutin kami membuat kerja masing-masing. Ada yang berdating dalam kelas, ada yang menonton rancangan korea Running Man yang ketika itu agak popular, ada yang berkelah dalam kelas dengan mengeluarkan pelbagai jenis makanan dan saya pula macam biasa tidur je. Rutin itu berlanjutan sehingga saya tamat peperiksaan STPM. Walaupun kebanyakkan masa saya dalam kelas banyak terluang untuk tidur tapi alhamdulillah keputusan peperiksaan saya tidaklah mengecewakan😅😅..Mungkin kerana apabila berada di rumah saya secara automatik akan berlagak seperti pelajar baik2 yang sentiasa memegang buku di tangan, membuat kerja2 yang lagaknya seperti pelajar STPM😎😎. Hal ini penting bagi mengambil hati ibu bapa saya.
Tamat sahaja peperiksaan STPM, seperti kawan-kawan yang lain saya ingin mencuba nasib dalam alam pekerjaan. Bukan pekerjaan yang betul betul namun hanya sebagai ingin mencari duit poket sendiri supaya tidak terlalu bergantung kepada bapa saya namun seperti biasa keinginan saya itu ditolak mentah-mentah atas alasan saya ini masih belum cukup matang untuk menghadapi dunia pekerjaan. Saya sedikit kecewa memandangkan masa yang ada ketika itu adalah sangat banyak😥😥..Ianya sangattt membosankan.Mungkin kerana bapa saya perasan akan kebosanan tersebut maka beliau mendaftarkan saya ke sekolah memandu. Di sekolah tersebut saya diajar oleh seorang cikgu botak yang saya sudah tidak ingat namanya. Beliau sememangnya seorang yang tegas dan kerana ketegasan beliau saya berjaya memperolehi lesen sambil menangis😰😰. Alhamdulillah sekali lagi masa lapang saya diisi dengan benda yang berfaedah kerana tidak lama selepas saya memperolehi lesen tersebut saya menerima tawaran untuk masuk ke Universiti Putra Malaysia😁😁.
Di UPM banyak pengalaman baru saya saya perolehi memandangkan di sini hampir semua perkara saya lakukan sendiri tanpa ada kawalan dari ibu dan bapa saya..Keadaan ini sangat janggal pada awalnya kerana sebelum ini saya sememangnya banyak bergantung kepada keluarga. Oleh kerana pergaulan saya sebelum ini dikawal dengan sangat ketat oleh bapa saya, maka saya menghadapi sedikit masalah dalam bergaul dengan rakan-rakan😢😢. Saya lebih cenderung untuk melakukan semua perkara sendirian. Saya mudah berasa rimas apabila berada dalam khalayak ramai..Saya juga lebih cenderung untuk menghabiskan masa sendirian tanpa gangguan sesiapa pun. Dan mungkin kerana sikap saya pada ketika itu begitu, saya banyak buat salah pada rakan-rakan saya. Dalam tidak sedar mungkin saya telah mengguris perasaan merek😖..Walaubagaimanapun, kesilapan saya pada ketika itu berjaya membentuk diri saya untuk menjadi lebih berani mendekati lebih ramai rakan dan bergaul dengan semua orang..Kesilapan demi kesilapan membuatkan saya menjadi lebih matang dan membuatkan saya lebih berani melakukan perkara baru yang belum pernah saya lakukan sebelum ini..Alhamdulillah saya dikurniakan ramai rakan baru yang baik tanpa hilang rakan-rakan yang dulu..dan sekarang saya sedang berusaha untuk menamatkan tahun akhir pengajian saya di UPM ..sebenarnya melalui pengalaman saya yang lepas sedikit sebanyak menyedarkan saya bahawa tidak semua perkara yang kita ingini mampu berjalan dengan lancar namun jika kita mengikhlaskan diri untuk menerima apa yang telah diberi maka Allah akan menggantikan perkara yang kita inginkan dengan benda yang lebih baik😊😊
In shaa Allah😊😊
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda membaca coretan saya yang agak membosankan ini😁
No comments:
Post a Comment