Assalamualaikum dan haii.. Oleh kerana saya sudah ketandusan cerita untuk diceritakan maka penulisan kali ini saya hanya menulis cerpen untuk pembaca sekalian..Selamat membaca gaisss..
Harris tersenyum sinis membaca ayat
yang baru sahaja ditulis di blognya. Hatinya bersorak riang apabila perkara
yang ditulis olehnya mendapat pelbagai respon dan kepercayaan oleh ramai orang.
Harris Iskandar merupakan salah seorang blogger yang agak dikenali di dunia
maya. Hasil penulisannya tentang dunia politik dan isu semasa di Malaysia
sering menjadi bahan bacaan tumpuan. Haris bekerja sebagai pengurus pemasaran
di sebuah pasaraya di ibu kota. Hasil pendapatan bulanannya agak lumayan untuk
menampung kos sara hidup dirinya. Walaubagaimanapun, Harris tidak lari daripada
masalah. Tekanan yang dihadapi di tempat kerja menyebabkan Harris terlibat
dalam dunia blogger. Pada awalnya, Harris hanya menjadikan blogger sebagai
tempat untuk dia melepaskan tekanan perasaannya sahaja, namun semakin lama
Harris menjadi semakin taksub dengan dunia bloggernya. Penulisannya di dunia
blogger yang pada mulanya hanya berkisarkan tentang dirinya akhirnya berubah
kepada perkara yang menyentuh hal peribadi sesetengah individu dan sensitiviti
sesetengah kaum. Kerja Harris yang banyak terlibat dengan individu yang agak
ternama menyebabkan Harris memperoleh maklumat mengenai kehidupan peribadi
seseorang individu itu dengan agak
mudah. Maklumat yang diperolehi digunakan sepenuhnya oleh Harris dalam
penulisannya di blog.
Harris pernah mendedahkan rahsia
salah seorang rakan sekerjanya di blog. Rakan sekerjanya yang bernama Amirul
merupakan seorang ayah kepada dua orang anak dan memiliki seorang isteri yang
pada pandangan mata Harris agak cantik namun tabiat Amirul yang sering
berfoya-foya di kelab malam selepas waktu bekerja menjadi bahan penulisan
kritikan Harris di blognya. Isteri Amirul yang secara kebetulan merupakan
pengikut Harris akhirnya mengetahui mengenai tabiat suaminya itu. Amirul dan
isterinya nyaris bercerai namun hasil perbincangan mereka berdua dan demi
kepentingan anak-anak mereka kembali berbaik. Kejadian itu menimbulkan
ketegangan antara Amirul dan Harris di tempat kerja sehinggalah sekarang. Walau
bagaimanapun Harris masih lagi tidak serik akan perbuatannya dan terus
mengkritik lebih ramai orang.
Mangsa Harris yang terbaru adalah Dato’ Kamal,
bos tempatnya bekerja. Dato’ Kamal sering memberikan tekanan kepada Harris
dalam banyak hal terutamanya apabila menyentuh mengenai skop pekerjaannya. Dato’ Kamal sering
memperlekehkan hasil kerja yang dibuat oleh Harris di hadapan rakan sekerjanya
yang lain. Pada mulanya Harris hanya bersabar dengan perangai Dato’ Kamal dan
hanya memekakkan telinganya mendengar setiap kritikan bos besarnya itu
sehinggalah pada satu hari Harris menerima notis amaran gantung kerja oleh
pihak atasan hanya kerana beberapa aduan daripada kliennya mengenai layanan
yang Harris berikan. Dek kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pihak
atasan, Harris mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Dato’ Kamal sendiri
dan mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu. Tengahari itu, ketika semua
rakan sekerjanya keluar untuk makan tengahari Harris mengambil keputusan untuk
berjumpa dengan Dato’ Kamal di tingkat 4 iaitu selang dua tingkat dari pejabat
Harris. Pada kebiasaannya, Dato Kamal akan turun untuk makan tengahari agak
lewat sedikit berbanding dengan pekerja biasa.
akan bersambung.....
No comments:
Post a Comment