Dato’
Kamal melemparkan surat akhbar yang baru dibacanya ke atas lantai di ruang
pejabatnya. Tajuk utama berita pada hari itu adalah mengenai skandal
mengenainya dengan Suraya. Pagi itu sahaja dia menerima banyak panggilan
daripada rakan-rakan perniagaannya menanyakan perihal tersebut. Sungguh dia
berasa malu lebih-lebih lagi surat khabar tersebut secara terang menyiarkan gambar dirinya yang sedang
memegang tangan Suraya. Itu belum lagi masalah yang timbul dengan keluarganya.
Sungguh dia pening bagaimana berita tersebut boleh tersebar. Dato Kamal telah
menyuruh setiausaha dan peguamnya menyelesaikan perkara tersebut dan mencari
tahu siapa yang menyebarkan berita mengenai dirinya itu. Dia tidak akan berdiam
diri. Syarikat surat khabar yang menyiarkan berita itu itu akan turut diambil
tindakan.
Harris
sedang menonton televisyen ketika kedengaran loceng rumahnya berbunyi. Dengan malas
Harris menuju ke pintu. Dia agak terkejut apabila melihat kedatangan tiga orang
polis ke rumahnya. Encik Harris , kami ada waran tangkap ke atas encik di atas
tuduhan menfitnah dan menjatuhkan nama baik Dato’ Kamal. Harap encik dapat
memberikan kerjasama dan mengikut kami ke balai polis.’ Salah seorang polis
yang berbadan agak tegap bersuara. Harris akur dan mengikut mereka dengan
menaiki kereta polis. Di balai polis , Harris disoal dan bakal dituduh di
mahkamah dengan kesalahan memfitnah dan menjatuhkan nama baik Dato’ Kamal
menggunakan alam siber. Dato’ Kamal juga akan bertindak menyaman atas perbuatan
yang dilakukannya. Harris tidak berpuas hati dengan tuduhan yang dilemparkan
dan mengupah seorang peguam dengan bayaran yang agak tinggi untuk membela dirinya.
Harris dibebaskan daripada tahanan dengan ikat jamin daripada peguamnya buat
sementara waktu dan tidak dibenarkan ke luar negara sehingga tiba hari
perbicaraan.
Setibanya
pada hari perbicaraan, Harris telah dijatuhkan hukuman bersalah dan harus membayar ganti rugi sebanyak rm dua juta kepada Dato’
Kamal ataupun penjara selama dua tahun. Harris dibebaskan selama seminggu
dengan kawalan pihak polis dan harus membayar ganti rugi kepada Dato’ Kamal
dalam masa tersebut dan jika gagal harris akan dipenjarakan selama dua tahun.
Harris
mundar-mandir dalam ruang tamu di rumahnya. Fikirannya kusut memikirkan bahawa
dia akan kehilangan hartanya kerana tindakan terburu-burunya. Sunguh dia tidak
menyangka bahawa berita yang dia sebarkan di blognya akan mendatangkan padah
terhadap dirinya. Selama beberapa hari ini polis selalu datang mengetuk pintu
rumahnya untuk mengingatkan dirinya mengenai hukuman yang harus dia hadapi.
Kemungkinan besar rumahnya juga akan disita oleh pihak bank. Setelah dia
didakwa di mahkamah, hidupnya terus berubah secara mendadak. Kehidupannya yang
selama ini stabil tiba-tiba terumbang ambing.
Masalah
yang datang kepada Harris secara serentak memberikan tekanan yang besar kepada
dirinya. Fikirannya sudah tidak dapat berfikir dengan baik. Harris merasakan
bahawa masa depannya telah gelap. Harris
memandang botol gas di sudut dapur rumahnya. Dia menuju ke ruang dapur dan menghidupkan gas dengan tujuan untuk membunuh
diri.
Keesokkan
harinya pihak polis menjumpai Harris di rumahnya dalam keadaan yang sudah tidak
bernyawa. Akhirnya hidup Harris sebagai seorang yang bekerjaya musnah apabila
dia telah menyalahgunakan alam siber.
Ok gaisss..done tulis cerpen..mekasehhh bace😘😘😘