Followers

Tuesday, 2 October 2018

BBM3410/18 Pengalaman

Tidak banyak perkara menarik yang mampu dicoretkan melalui pos pada kali ini memandangkan saya harus bercerita mengenai perkara menarik yang berlaku. Tidak banyak perkara menarik yang berlaku pada saya kebelakangan ini jadi saya hanya mengambil pengalaman-pengalaman saya yang lepas sahaja. Hal yang tidak pernah dapat saya lupakan walaupun telah bertahun-tahun berlalu adalah pengalaman memasak saya buat kali pertama. Saya merupakan seorang yang kosong pengetahuan tentang masakan sehinggalah saya berumur 15 tahun iaitu ketika saya berada di tingkatan 3.

Pada ketika itu, umi saya terpaksa ditahan di hospital selama beberapa minggu menyebabkan keadaan di rumah saya agak huru-hara. Memandangkan anak perempuan yang ada dalam keluarga saya ketika itu hanya dua orang iaitu hanya saya dan kakak saya maka tanggungjawab yang kami pikul agak berat. Kakak saya pada ketika itu menginap di asrama menyebabkan saya terpaksa menguruskan hampir separuh kerja dalam rumah termasuk memasak. Pada suatu petang, setelah balik dari melawat umi saya di hospital, abah saya telah membeli barang basah seperti sedikit sayur dan ikan.

 Memandangkan kakak saya tiada di rumah pada ketika itu, maka saya dipertanggungjawabkan untuk memasak pada ketika itu. Itu merupakan pengalaman pertama saya melihat ikan mentah yang masih belum dibedah depan mata saya..Ok maaf bukan dibedah.Sepatutnya disiang..hehehhe. Kembali pada cerita, ketika itu saya langsung tidak tahu bahawa ikan sepatutnya disiang terlebih dahulu sebelum dimasak jadi setelah saya membersihkan ikan tersebut saya terus lemparkannya ke dalam periuk. Setelah masak saya hidangkannya kepada abah saya untuk makan tengahari. Ikan yang tidak disiang itu dihidang dengan penuh bangga sebelum dicampakkan kepada kucing..huhuhu. Masakan pertama saya pada ketika itu hanya menjadi makanan kucing. Saya agak kecewa pada masa itu namun pengalaman tersebut telah mendorong saya untuk belajar menjadi lebih baik..

Sekian, itu je yang mampu saya tulis kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

No comments:

Post a Comment