Tidak banyak perkara menarik yang mampu dicoretkan melalui pos pada kali ini memandangkan saya harus bercerita mengenai perkara menarik yang berlaku. Tidak banyak perkara menarik yang berlaku pada saya kebelakangan ini jadi saya hanya mengambil pengalaman-pengalaman saya yang lepas sahaja. Hal yang tidak pernah dapat saya lupakan walaupun telah bertahun-tahun berlalu adalah pengalaman memasak saya buat kali pertama. Saya merupakan seorang yang kosong pengetahuan tentang masakan sehinggalah saya berumur 15 tahun iaitu ketika saya berada di tingkatan 3.
Pada ketika itu, umi saya terpaksa ditahan di hospital selama beberapa minggu menyebabkan keadaan di rumah saya agak huru-hara. Memandangkan anak perempuan yang ada dalam keluarga saya ketika itu hanya dua orang iaitu hanya saya dan kakak saya maka tanggungjawab yang kami pikul agak berat. Kakak saya pada ketika itu menginap di asrama menyebabkan saya terpaksa menguruskan hampir separuh kerja dalam rumah termasuk memasak. Pada suatu petang, setelah balik dari melawat umi saya di hospital, abah saya telah membeli barang basah seperti sedikit sayur dan ikan.
Memandangkan kakak saya tiada di rumah pada ketika itu, maka saya dipertanggungjawabkan untuk memasak pada ketika itu. Itu merupakan pengalaman pertama saya melihat ikan mentah yang masih belum dibedah depan mata saya..Ok maaf bukan dibedah.Sepatutnya disiang..hehehhe. Kembali pada cerita, ketika itu saya langsung tidak tahu bahawa ikan sepatutnya disiang terlebih dahulu sebelum dimasak jadi setelah saya membersihkan ikan tersebut saya terus lemparkannya ke dalam periuk. Setelah masak saya hidangkannya kepada abah saya untuk makan tengahari. Ikan yang tidak disiang itu dihidang dengan penuh bangga sebelum dicampakkan kepada kucing..huhuhu. Masakan pertama saya pada ketika itu hanya menjadi makanan kucing. Saya agak kecewa pada masa itu namun pengalaman tersebut telah mendorong saya untuk belajar menjadi lebih baik..
Sekian, itu je yang mampu saya tulis kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.
Bermimpilah seperti mana impian tersebut ingin dikecapi, Jadilah seperti manapun yang kamu inginkan, Kerana mungkin itu hanya memang sekadar sebuah mimpi
Followers
Tuesday, 2 October 2018
BBM3410/18 : Catatan minggu ketiga
Hai semua..terima kasih kerana masih sudi meneruskan bacaan anda. Di sini saya tertarik untuk berkongsi sedikit sebanyak mengenai tugasan yang saya dan rakan rakan lakukan pada minggu ketiga. Pada minggu ini , kami ditugaskan untuk mengambil gambar masing-masing dengan menggunakan keseimbangan yang sesuai. Gambar-gambar yang kami ambil itu harus dimuatnaik dalam laman media sosial masing-masing seperti instagram dengan menggunakan hashtag tertentu seperti #BBM3410, #ProfDrN, #KapsyenLawak. Tugasan yang diberikan itu nampak sangat mudah memandangkan kami sememangnya gemar untuk berfotografi. Walau bagaimanapun, ketika membuat tugasan tersebut, terdapat beberapa cabaran yang kami hadapi. Cabaran yang boleh dikatakan sukar dilakukan oleh kami adalah ketika mengambil gambar melalui Bird's Eyes View.
Hal ini kerana salah seorang rakan saya terpaksa memanjat pokok bagi menunjukkan pandangan yang logik bagi seekor burung.Kami harus mencari pokok yang senang dipanjat memandangkan ahli kumpulan kami terdiri daripada gadis-gadis ayu yang tidak pandai memanjat pokok..Ececehh.Ok maaf. Saya akan teruskan lagi cerita ini. Memandangkan UPM merupakan sebuah universiti pertanian, maka aktiviti mencari pokok yang sesuai dipanjat tidak mengambil masa yang agak lama.
Kami menghabiskan cuti hujung minggu kami dengan meronda Bukit Ekspo. Kami berjaya mencari tempat sesuai yang agak cantik untuk sesi fotografi maka bermula la detik-detik yang ditunggu.Masing-masing sibuk menyuruh mengambil gambar dengan pelbagai gaya. Alhamduliilah kami berjaya menyiapkan tugasan tersebut dan memuat naik semua gambar-gambar tersebut ke laman sosial.
Terima kasih sebab membaca walaupun agak membosankan..
Tuesday, 25 September 2018
BBM3410/18; Kuliah Minggu Kedua
Pada kuliah minggu kedua, saya dan rakan-rakan mempelajari mengenai asas grafik gambar iaitu bagaimana suatu gambar boleh diambil dengan cantik menggunakan sudut keseimbangan dari atas, bawah, kiri dan kanan. Kami juga telah mula membuat tugasan pertama kumpulan kami menggunakan bahan-bahan yang telah kami bawa. Kumpulan saya iaitu kumpulan Produksi Satu Kosong bekerjasama dalam menghasilkan album gambar dengan menggunakan mounting board. Kami telah membahagikan tugas masing-masing bagi memastikan kerja itu siap pada masa yang telah ditetapkan.
Kerja yang dilakukan itu tidaklah terlalu sukar namun ianya tetap memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinngi bagi memastikan hasil yang bakal diperolehi menepati kehendak.
Kumpulan saya mampu menyiapkan tugasan itu pada masa yang telah ditetapkan dengan adanya kerjasama yang baik dari ahli kumpulan.
Sekian, terima kasih
BBM3410/18: Kuliah Pertama Pada Minggu Pertama
Pada minggu pertama kelas bermula, Prof Normaliza mengesyorkan kami untuk memuat turun aplikasi Adobe PhotoShop bagi memudahkan kami untuk membuat kerja. Kami juga diberikan sedikit penerangan mengenai markah-markah yang bakal kami dapat sepanjang satu sem kami mengikuti kursus BBM3410 ini.
Kami turut dikehendaki untuk membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 10 orang ahli kuimpulan. Selain itu juga, kami dikehendaki untuk mencari beberapa bahan bagi menyiakan kerja berkumpulan.. Bahan-bahan yang diperlukan adalah 6 keping mounting board saiz A4, gunting, gam uhud, pisau, ribbon dan majalah terpakai. Setiap ahli kumpulan memberikan kerjasama yang baik dalam melengkapkan bahan-bahan yang kami perlukan.
Secara kesimpulannya, pada kuliah yang pertama kami diberi pengenalan awal mengenai kursus yang diambil disamping diberi penerangan mengenai kerja kumpulan yang bakal kami lakukan.

BBM3410/18; Hai..Selamat berkenalan.. Berikut merupakan sedikit sebanyak maklumat mengenai diri saya
Hai dan assalamualaikum. Selamat berkenalan semua..๐๐
Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri..Nama saya Nuraziemah Bintii Che Mat Lazin dan berumur 23 tahun. Saya masih muda rupanya๐๐..Buat masa sekarang saya merupakan seorang pelajar tahun akhir di Universiti Putra Malaysia. Hanya berbaki beberapa bulan sahaja lagi sebelum saya mengucapkan selamat tinggal kepada semua kawan-kawan yang saya sayangi๐ญ๐ญ. Saya suka memasak dan menonton filem yang berbentuk pengembaraan. Saya berasal dari Negeri Terengganu namun telah menetap di Serdang, Selangor selama 3 tahun. Saya masih lagi berstatus bujang sepenuh masa dan tidak berniat untuk menamatkan status tersebut dalam masa terdekat ini..hehe..
Terima kasih kerana meluangkan masa melawat profil saya.

Subscribe to:
Posts (Atom)