Followers

Tuesday, 25 September 2018

BBM3410/18; Kuliah Minggu Kedua









Pada kuliah minggu kedua, saya dan rakan-rakan mempelajari mengenai asas grafik gambar iaitu bagaimana suatu gambar boleh diambil dengan cantik menggunakan sudut keseimbangan dari atas, bawah, kiri dan kanan. Kami juga telah mula membuat tugasan pertama kumpulan kami menggunakan bahan-bahan yang telah kami bawa. Kumpulan saya iaitu kumpulan Produksi Satu Kosong bekerjasama dalam menghasilkan album gambar dengan menggunakan mounting board. Kami telah membahagikan tugas masing-masing bagi memastikan kerja itu siap pada masa yang telah ditetapkan.

Kerja yang dilakukan itu tidaklah terlalu sukar namun ianya tetap memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinngi bagi memastikan hasil yang bakal diperolehi menepati kehendak.
Kumpulan saya mampu menyiapkan tugasan itu pada masa yang telah ditetapkan dengan adanya kerjasama yang baik dari ahli kumpulan.

Sekian, terima kasih

BBM3410/18: Kuliah Pertama Pada Minggu Pertama

Pada minggu pertama kelas bermula, Prof Normaliza mengesyorkan kami untuk memuat turun aplikasi Adobe PhotoShop bagi memudahkan kami untuk membuat kerja. Kami juga diberikan sedikit penerangan mengenai markah-markah yang bakal kami dapat sepanjang satu sem kami mengikuti kursus BBM3410 ini.

Kami turut dikehendaki untuk membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 10 orang ahli kuimpulan. Selain itu juga, kami dikehendaki untuk mencari beberapa bahan bagi menyiakan kerja berkumpulan.. Bahan-bahan yang diperlukan adalah 6 keping mounting board saiz A4, gunting, gam uhud, pisau, ribbon dan majalah terpakai. Setiap ahli kumpulan memberikan kerjasama yang baik dalam melengkapkan bahan-bahan yang kami perlukan.

Secara kesimpulannya, pada kuliah yang pertama kami diberi pengenalan awal mengenai kursus yang diambil disamping diberi penerangan mengenai kerja kumpulan yang bakal kami lakukan.

Sekian, terima kasih


BBM3410/18; Hai..Selamat berkenalan.. Berikut merupakan sedikit sebanyak maklumat mengenai diri saya

Hai dan assalamualaikum. Selamat berkenalan semua..๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

 Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri..Nama saya Nuraziemah Bintii Che Mat Lazin dan berumur 23 tahun. Saya masih muda rupanya๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚..Buat masa sekarang saya merupakan seorang pelajar tahun akhir di Universiti Putra Malaysia. Hanya berbaki beberapa bulan sahaja lagi sebelum saya mengucapkan selamat tinggal kepada semua kawan-kawan yang saya sayangi๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ. Saya suka memasak dan menonton filem yang berbentuk  pengembaraan. Saya berasal dari Negeri Terengganu namun telah menetap di Serdang, Selangor selama 3 tahun. Saya masih lagi berstatus bujang sepenuh masa dan tidak berniat untuk menamatkan status tersebut dalam masa terdekat ini..hehe..

Terima kasih kerana meluangkan masa melawat profil saya.